Misteri bau wangi berbulan oleh penduduk dibongkar!

0

Labels:

GERIK: Misteri sebuah rumah terletak di hujung Kampung Pahit Tengah, di sini, yang kerap menghasilkan bau wangi sejak berbulan lamanya akhirnya terbongkar apabila kediaman itu didapati menjadi stor menyimpan kayu gaharu curi bermutu tinggi.

Difahamkan, penduduk pelik apabila kerap terhidu bau wangi luar biasa setiap kali melintasi rumah berkenaan yang dihuni seorang lelaki warga emas.

  Rahsia itu berjaya didedahkan selepas sepasukan 15 anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Perak, diketuai Asisten Superintendan Kasturi Othman menyerbu rumah berkenaan, jam 12.30 tengah hari semalam.

Kasturi berkata, dia dan anggota lain terhidu bau wangi yang kuat sebaik mendekati rumah itu.

   “Kami meminta pemilik rumah berusia 62 tahun itu memberi kerjasama untuk masuk ke kediamannya bagi menyiasat. Bagaimanapun, lelaki itu cuba menghalang dan menafikan menyimpan kayu gaharu.

  “Namun kami akhirnya berjaya masuk ke rumah dan menemui 20 guni kayu gaharu bermutu tinggi Gred A dan Gred B sebanyak 645 kilogram,” katanya, di sini, semalam.

Kasturi berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, suspek bersama isteri, tiga anak dan beberapa saudaranya beberapa kali cuba menghalang dan mengganggu siasatan.

  “Pemeriksaan mendapati sebuah bilik dijadikan tempat menyimpan kayu gaharu Gred A bernilai RM20,000 sekilogram, manakala kayu gaharu Gred B bernilai antara RM10,000 hingga RM15,000 sekilogram diletakkan di merata tempat di dalam rumah.


“Dalam serbuan itu juga, anggota UPP merampas sebanyak 95 karton rokok seludup pelbagai jenama yang disimpan di rumah sama dengan nilai termasuk cukai, kira-kira RM5,000,” katanya.

  Menurutnya, semua rokok seludup itu ditemui disembunyikan di bawah katil.

  “Suspek kemudian mengaku memiliki kayu gaharu yang dibeli secara sembunyi daripada individu yang mencurinya dari Hutan Simpan Royal Belum, Banding.

  “Kayu Gaharu Gred A itu dibeli dengan harga RM3,000 dan dijual semula dengan harga RM20,000 bagi setiap kilogram, manakala rokok seludup pula diambil dari Taiping.


credit to : forum cari :)

Kursus Gaharu Julai 2012

0

Labels:



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,


Maklumat Kursus Gaharu

Tarikh : 15 Julai 2012
Masa : 8pg - 5.30 ptg
Tempat : Kampung Sungai Serdang, Klang ( di kebun)
Yuran : RM 200.00
Sijil + Bahan kursus + Makanan disediakan

Anda sesuai untuk menyertai kursus ini jika ANDA....

1) Masih zero tentang gaharu tetapi berminat untuk terlibat dengan perladangan gaharu.
2) Sudah mengetahui dan menanam gaharu tetapi tidak pernah menghadiri kursus
3) Ingin membuat kajian berkenaan gaharu tetapi kurang pengetahuan asas gaharu
4) Ingin membina jaringan perniagaan dan berkenalan dengan orang-orang yang terlibat dalam industri ini
5) Mencari ilmu baru dan cintakan majlis ilmu :)


Untuk makluman semua, satu kursus hands-on gaharu akan diadakan pada 15 Julai 2012 iaitu kursus sebelum kita menyambut Ramadhan. Pada bulan Ramadhan kita tidak akan mengadakan sebarang kursus. Mungkin juga menjadi kursus yang terakhir bagi Gaharu Lestari Resources untuk tahun ini memandangkan bulan-bulan selepas menyambut Syawal adalah agak padat. Kepada yang sering bertanya tentang kursus diharap mengambil peluang ini, namun jika anda tidak diberi kelapangan masa pada tarikh tersebut maka mungkin boleh menghadiri kursus-kursus gaharu yang lain.

Kepada yang ada menghubungi/sms saya yang tidak dijawab atau dibalas sila SMSkan semula ke nombor 018-2306585. Saya mohon maaf kerana talian telefon saya menghadapi masalah sedikit. Atau anda juga boleh emailkan kepada saya di aminah.mdsaad@gmail.com. Atau PM ke facebook Gaharu Lestari Resources.

Semoga dapat kita berjumpa pada 15 Julai 2012 ini. InsyaAllah.

Ikhlas,
Aminah Saad


Faktor Kematian Pokok Gaharu

0

Labels:

Apabila memulakan penanaman gaharu, terdapat beberapa faktor lain yang akan mempengaruhi pertumbuhan pokok gaharu selain daripada spesis, jenis tanah dan kaedah pengurusan yang baik iaitu :-

1) Kadar kematian pokok menjadi tinggi apabila pokok yang ditanam kurang daripada 1kaki kerana kadar kesediaan pokok masih rendah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekitarnya. Perumpamaannya seperti bayi yang baru lahir dan didedahkan kepada panas matahari yang terik, pasti ia tidak mampu lagi untuk menyesuaikan diri. Terkejut dan akan memberikan kesan negatif kepada pertumbuhannya.

2) Keadaan yang terlalu redup (shady area) juga akan melambatkan pertumbuhan pokok gaharu. Walaupun pada tahun pertama, keadaan yang paling sesuai bagi pertumbuhan pokok gaharu ialah dikawasan yang teduh iaitu hanya menerima 40% cahaya matahari sahaja. Oleh itu, apabila mengamalkan kaedah "open planting" maka mungkin kita akan mendapati pertumbuhan pokok adalah agak perlahan pada peringkat awal berbanding ditanam dikawasan yang agak teduh. Namun pada tahun kedua dan seterusnya, kaedah terbuka adalah sangat perlu kerana pokok gaharu merupakan spesis yang memerlukan cahaya matahari yang banyak (light demanding) sehingga 70%.


*****************************  PERHATIAN ************************************

Kepada sesiapa yang berminat dan berkesempatan untuk menghadiri kursus gaharu- Gaharu Lestari Resources pada 15 Julai 2012 sila SMS nama anda ke 018-2306585. Maklumat kursus adalah seperti disini.





Pokok Juga Perlukan Bantuan

0

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua,

Semoga sentiasa memulakan hari dengan penuh keceriaan dan keikhlasan. Saya tidak ingin menulis panjang pada hari ini, cuma ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan dengan masalah pokok tumbang yang mungkin berpunca daripada masalah akar pada peringkat awal lagi, tanah, faktor angin atau serangan haiwan. Jika anda dapati pokok anda tumbang (dalam keadaan masih boleh diselamatkan), maka anda mungkin boleh menggunakan kaedah seperti dibawah :-




Faktor : Angin yang kuat menyebabkan pokok mudah tumbang
Kaedah : Besi + Kayu bagi tujuan sokongan. Bagi mengelakkan kayu sokongan dimakan anai-anai maka perlu direndam didalam diesel terlebih dahulu.
Kos : RM 3 untuk setiap pokok (set sokongan masih boleh digunakan pada pokok yang lain apabila pokok yang telah disokong sudah kuat)

TIP HARI INI !!

1. Pemilihan lokasi merupakan faktor yang sangat penting apabila membuat keputusan untuk menanam.

2. Kesilapan awal akan meningkatkan kos dikemudian hari. Jadi dapatkan ilmu dahulu sebelum terjun dalam apa jua bidang.

Sekian, wasalam.


Ikhlas,
Aminah Saad

Video : Gaharu Carving Technique

0

Labels: