Ulat Pengorek Batang

Labels:

Ulat pengorek batang bukan hanya menyerang pokok gaharu sebaliknya dalam pelbagai tanaman pertanian juga, ia adalah antara musuh yang sering muncul. Ulat pengorek batang ini boleh dikawal dengan menggunakan kawalan kimia dan juga kawalan biologi ( secara semulajadi). Ada beberapa jenis ulat pengorek batang, namun saya juga kurang pasti jenis ulat pengorek batang yang menyerang pokok gaharu.

Kehadiran ulat pengorek batang ini pada pokok gaharu liar ( sudah besar) tidak perlu dirisaukan malahan ia memberikan kesan positif iaitu dapat membantu proses pembentukan gaharu pada masa akan datang. Namun begitu, jika serangan ulat pengorek batang ini berlaku pada awal penanaman pokok gaharu ( sekitar usia 1-5 tahun), adalah lebih baik ia diambil perhatian serius. Ini kerana ia boleh menyebabkan batang patah kerana ia telah memakan tisu-tisu dalaman pokok.

Kaedah mengatasi yang dicadangkan bagi mengatasi masalah serangan ulat pengorek batang ini ialah pengunaan furadan. Manakala bagi kaedah semulajadi beberapa musuh semulajadi ulat pengorek batang ini ialah Trathala spp., Trichogramma spp., Appanteles spp., Bracon spp., dan Sturmiopsia yang akan menyerang telur-telur serangga perosak ini. Juga terdapat pemangsa-pemangsa seperti semut, burung, katak, pepatong, labah-labah dan kumbang yang akan menyerang telur ulat pengorek batang. Walaubagaimanapun aplikasinya secara meluas masih memerlukan kajian terperinci. Penggunaan bahan kimia adalah lebih mudah namun pastikan penggunaannya terkawal (mengikut sukatan yang ditentukan) agar tidak meninggalkan kesan residual yang mungkin menganggu hasil gaharu kelak.


Bracon spp

 Appanteles spp




Trathala spp


*********************************************************************
JANGAN LUPA KURSUS GAHARU KAMI !!


Tarikh : 25 Februari 2012
Masa : 8-5.30petang
Tempat : Auditorium 2, UITM Jengka, Pahang
Yuran : RM 250
Hubungi : Puan Nazariah ( 019-9963397)



*Pembayaran boleh dibuat kepada Nazariah Zainal Abidin - Maybank (151306735784) / CIMB (14300073652520)
*Kepada peserta yang jauh, kami boleh menguruskan penginapan anda mengikut jenis penginapan yang ada.
*Untuk peserta yang telah mendaftar, jika anda ingin membatalkan penyertaan, anda boleh refund yuran yang telah dibayar jika pembatalan dibuat 10 hari sebelum tarikh kursus.

**************************************************************************************************************


Ikhlas,
Aminah Saad

Comments (0)

Post a Comment