Buku Gaharu Komoditi Khazanah

Labels:

Assalamualaikum semua,

Semoga dapat menjalani kehidupan dengan senyuman :)

Ok, merujuk pada tajuk hari ini saya ingin menulis berkenaan dengan buku " Gaharu Komoditi Khazanah". Saya baru menerima buku ini pagi tadi, agak lama proses yang diambil setelah saya membuat pembelian buku ini untuk sampai ke tangan saya. Hmm, walaubagaimanapun akhirnya ia tiba juga. Alhamdulilah. Saya rasa ini buku kedua gaharu berbahasa melayu yang saya miliki selepas "Gaharu : Wang Tumbuh di atas Pokok" tulisan Dr Rusli Yaakob yang dibeli pada awal tahun 2010.


Saya sudahpun habis membaca buku ini. Bagi saya ia merupakan salah satu rujukan berbahasa melayu dalam bidang ini yang terbaik yang berada di pasaran. Tidaklah dikatakan maklumat yang terdapat didalam buku ini terlalu baru sehingga kita tidak pernah dengar namun begitu saya sangat tertarik dengan cara penyusunan dan penyampaian maklumat yang baik.Lagi pula kita sangat-sangat kekurangan sumber2 rujukan berbahasa melayu yang memperkatakan tentang gaharu. Kebanyakkan sumber-sumber maklumat yang kita perolehi adalah daripada internet. Saya yakin kebanyakkan kita memperolehi sumber2 maklumat daripada internet. Sumber internet tidak ada salahnya, namun begitu jika kita dapat pelbagaikan sumber rujukan termasuk buku, jurnal artikel dan lain-lain pasti akan lebih memperkukuhkan ilmu kita kan?



Buku setebal 111mukasurat ini dipecahkan kepada 7 Bab iaitu Karas& Sumber, Perladangan Karas, Pembentukan Gaharu, Dasar dan Polisi, Pasaran Gaharu, Halatuju Industri Gaharu dan Kesimpulan. Walaupun mungkin kebanyakkan maklumat sudah kita ketahui namun saya yakin anda akan mendapat sesuatu dari buku tulisan bersama Ismail Muhammad, Mohd Zin Jusoh dan Abbas Alias ini. 

Dan yang terakhirnya, kualiti buku ini terbaik dari ladanglah. Kertas yang tebal dan gambar berwarna yang menarik :)


Harga bagi buku ini ialah RM 126 tidak termasuk kos penghantaran. 

Buku ini diterbitkan oleh Kayu Gaharu (M) Sdn Bhd. Untuk pembelian boleh berhubung terus dengan mereka 03-78462152 kerana saya bukanlah agen penjual buku ini. Atau hubungi Ismail Muhammad 017-6912202.

Bersama Melestarikan Industri Gaharu di Malaysia. 

Ikhlas,
Aminah Saad


Comments (0)

Post a Comment