Semaian Biji Benih

Labels:

Assalamualaikum wbt,

Pada hari ini, saya akan kongsikan dengan anda semua kaedah menyemai biji benih gaharu bagi yang berminat untuk menyemai biji benih gaharu ini. Walaupun anda boleh terus mendapatkan bekalan anak-anak pokok ini, anda boleh jadikan entri ini sebagai tambahan ilmu. Kini, anak gaharu juga boleh didapati dengan menggunakan teknologi keratan tisu, namun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan bahawa penyemaian dari biji benih akan menghasilkan anak pokok yang lebih berkualiti. Oleh itu, mari kita lihat langkah-langkah yang terlibat dalam penyemaian anak pokok gaharu ini.



1. Rendamkan biji benih selama lebih kurang setengah jam, buangkan air dan letakkan ditempat yang teduh. Boleh juga letakkan dirumah semaian.

2. Sediakan multi pots dengan menggunakan medium peatmoss. Letakkan satu biji benih untuk setiap satu pot dengan ekor menghala ke atas.



3. Siram dengan kerap iaitu 3 kali sehari pagi, tengahari dan petang. Namun begitu, perlu di siram dengan kadar yang sederhana sahaja.

4. Biarkan selama 30 hari sebelum boleh dialihkan ke polibeg iaitu dengan ketinggian lebih kurang 3 inch.

 * 1 minggu

 * 2 minggu

 * 3 minggu

*4 minggu 

5. Anak pokok sedia dialihkan ke polibag dan diletakkan di bawah teduhan agar tidak terdedah terus kepada cahaya matahari. Kadar hidup anak benih ini ialah 80% daripada jumlah semaian biji benih yang dilakukan.




6. Biarkan selama lebih kurang 6 bulan anak pokok tersebut didalam polibag sebelum boleh dialihkan ke ladang untuk penanaman.


Selamat Mencuba.

Salam Hormat,
Aminah Saad

Comments (3)

Dear Minah,
My name is Tee. I used to visit yr blog.
I guess it should be 3" or equivalent having 4 fully grown leafs, pls verify the sentence below.

Tee

4. Biarkan selama 30 hari sebelum boleh dialihkan ke polibeg iaitu dengan ketinggian lebih kurang 30 inch.

salam...biji benih gaharu ade jual x?

Dear Mr Tee,

Thanks for your correction. Even I just change it but I guess people that read this entry also refer to your comments. Thanks.

Kepada Sang Teka Teki,

Pihak kami tidak ada menjual biji benih gaharu. Namun begitu, terdapat banyak juga syarikat diluar sana yang memberikan perkhidmatan menjual biji benih.

Terima kasih.

Post a Comment