Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada hari ini saya ingin berkongsi secara ringkas pengiraan modal bagi melaksanakan projek perusahaan gaharu di atas tanah seluas 1 hektar untuk 6 tahun. Anda boleh menyesuai padankan dengan jumlah keluasan sebenar tanah yang akan anda usahakan. Namun ia bukanlah satu pengiraan muktamad, jika modal yang anda miliki kecil maka anda boleh usahakan secara berperingkat. Jika anda mempunyai modal yang besar dan ingin membuat dengan kaedah yang paling terkini, juga terpulang kepada anda. Di sini saya sediakan pengiraan modal bagi memberikan gambaran kasar dan sebagai tambahan maklumat anda.
*Pemagaran bergantung kepada kawasan anda sama ada perlu dipagar atau tidak, jika ia tidak terdedah kepada bahaya maka anda tidak perlulah memperuntukkan untuk membuat pagar.
* kawalan serangga perosak hanya diperlukan jika pokok anda diserang serangga perosak. Jika tidak anda boleh keluarkan ia dari pengiraan ini.
* Di sini, pengurus ladang merujuk kepada diri sendiri yang memantau perjalanan ladang ( diberi elaun RM500, jika tidak mahu masukkan elaun untuk diri sendiri anda boleh keluarkan ia dari pengiraan ini)
*Untuk tanah 1 hektar anda tidak memerlukan seorang pengurus ladang secara tetap, cukuplah dengan meluangkan masa memantau secara sendiri.
*Kos tuaian merujuk kepada upah kerja untuk melakukan proses penuaian/suntikan inokulan
*Kos inokulasi merujuk kepada ubat suntikan yang digunakan dengan kadar 1 liter untuk 3 pokok.
Dari pengiraan ringkas ini, anda sudah boleh membuat pengiraan modal yang anda perlukan untuk peringkat permulaan, peringkat penyelenggaraan dan juga ketika anda ingin membuat suntikan inokulan nanti. Untuk pengiraan hasil, saya akan menulis pada post yang akan datang.
Semoga maklumat yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Salam Hormat,
Aminah Saad

Kos Tetap | RM |
Pembersihan kawasan | 380.00 |
Pemagaran | 8,000.00 |
Sistem Perparitan | 760.00 |
Anak Benih @RM8 termasuk sulaman | 8,000.00 |
Jumlah Kecil | 17,140.00 |
*Pemagaran bergantung kepada kawasan anda sama ada perlu dipagar atau tidak, jika ia tidak terdedah kepada bahaya maka anda tidak perlulah memperuntukkan untuk membuat pagar.
Kos Penyelenggaraan | RM |
Racun rumpai | 3,600.00 |
Baja | 1,200.00 |
Kawalan serangga perosak | 500.00 |
Jumlah Kecil | 5,300.00 |
* kawalan serangga perosak hanya diperlukan jika pokok anda diserang serangga perosak. Jika tidak anda boleh keluarkan ia dari pengiraan ini.
Kos pentadbiran dan Operasi | RM |
Pengurus ladang | 36,000.00 |
Pekerja ladang | 43,200.00 |
Jumlah Kecil | 79,200.00 |
* Di sini, pengurus ladang merujuk kepada diri sendiri yang memantau perjalanan ladang ( diberi elaun RM500, jika tidak mahu masukkan elaun untuk diri sendiri anda boleh keluarkan ia dari pengiraan ini)
*Untuk tanah 1 hektar anda tidak memerlukan seorang pengurus ladang secara tetap, cukuplah dengan meluangkan masa memantau secara sendiri.
Kos Penuaian dan Inokulasi | RM | |||
Kos tuaian ( RM 50/pokok x 800pokok) | 40,000.00 | |||
Kos Inokulasi (RM100/pokok x 800 pokok) | 80,000.00 | |||
Jumlah Kecil | 120,000.00 | |||
JUMLAH BESAR | 221,640.00 |
*Kos tuaian merujuk kepada upah kerja untuk melakukan proses penuaian/suntikan inokulan
*Kos inokulasi merujuk kepada ubat suntikan yang digunakan dengan kadar 1 liter untuk 3 pokok.
Dari pengiraan ringkas ini, anda sudah boleh membuat pengiraan modal yang anda perlukan untuk peringkat permulaan, peringkat penyelenggaraan dan juga ketika anda ingin membuat suntikan inokulan nanti. Untuk pengiraan hasil, saya akan menulis pada post yang akan datang.
Semoga maklumat yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Salam Hormat,
Aminah Saad
Salam...
Informasi di atas amat berguna dan membantu saya bagi merancang perlaksaan projek tanaman gaharu...