Sembang Gaharu 2 oleh Bio Benua Sdn Bhd

0

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Pada 2 Mei 2015 ini (Sabtu), syarikat Bio Benua Sdn Bhd yang dimiliki oleh Datuk Hj Razak Ali akan menganjurkan satu program Sembang Gaharu 2. Program ini akan berlangsung dari jam 10 pg sehingga 1 tengahari. Masuk adalah PERCUMA dan makan adalah disediakan. Jika anda ada sebarang masalah jemputlah datang. Datuk Hj Razak adalah penerima medal silver bagi Inovasi Inokulan Gaharu.



Kepada yang masih ragu-ragu berkenaan industri gaharu ini jemputlah datang ke program ini. InshaAllah, banyak maklumat yang akan anda perolehi di samping dapat berkenal-kenalan dengan rakan-rakan dalam industri gaharu ini. InshaAllah jika tiada aral saya juga akan hadir ke program tersebut. Jom jom jumpa :)



Ok, sampai sini dulu hebahan ringkas saya. Kepada sesiapa yang berkelapangan jemput datang. Bukan senang nak dapat ilmu-ilmu percuma macam ni. Daripada orang berpengalaman pula. Dapat jumpa Cik Aminah juga tau (budget famous macam artis). Sesiapa yang nak dapatkan produk-produk gaharu daripada Lestary Brand jemput datang juga. Ada banyak juga produk baru lain. Jangan menyesal kalau tak dapat beli. Haha.

Produk baru di pasaran. Balm Gaharu. Harga hanya RM 15 :)


Ok, bye :)


Bunga Bunga Gaharu

0

Labels: , ,

Ini bukan tajuk lagu ye. Bukan juga tajuk drama TV :)


Nampaknya pokok gaharu sudah mula berbunga. Ada juga yang sedang berbuah. Tak lama lagi boleh la kita mula menyemai biji-biji gaharu yang terhasil daripada pokok-pokok gaharu ini. Ok, jadi kepada yang berminat untuk membuat semaian biji gaharu ini saya kongsikan sedikit langkah demi langkah untuk semaian gaharu ini. Anda boleh mencuba di rumah masing-masing ye :)

Langkah Semaian Biji Benih Gaharu

1) Pastikan anda telah menyediakan medium semaian dan pot yang bersesuaian. Kami di GLR menggunakan peat moss dan juga tray semaian bagi memudahkan proses ini. Ada juga yang menyemai di atas pasir secara rawak dan memilih anak pokok yang tumbuh dan terbaik sahaja untuk proses seterusnya.



2) Letakkan peatmoss di dalam tray. Tidak perlu terlalu padat kerana ia akan menganggu perkembangan akar yang baru tumbuh. Buatkan lubang menggunakan lidi. Setiap pot buatkan 3 lubang supaya 3 biji benih boleh dimasukkan dalam setiap pot. 1 tray = 108 pot X 3 biji = 324 biji. Boleh juga nak letak lebih cuma jika terlalu banyak dalam satu pot ia juga akan menganggu percambahan biji benih.


3) Masukkan biji benih dengan bahagian ekor di sebelah atas ( Lemah gemalai menyusun biji benih dalam tray semaian..Haha) 


 4) Sesudah siap menyusun biji benih di dalam tray siram kan. Proses siraman perlu dilakukan 2 kali sehari bagi memastikan peat moss sentiasa lembap. Gunakan water spray supaya air yang disiram tidak terlalu kuat dan proses siraman menjadi lebih sekata.



5) Tunggu biji benih bercambah. Dalam tempoh 4 minggu, biji benih yang sudah bercambah boleh dipindahkan ke dalam polibeg. Pilih saiz polibeg yang bersesuaian. Jika sasaran untuk disimpan dalam tempoh melebihi 8 bulan ke atas, pilihkan saiz polibeg yang lebih besar.




Siap...:)

Semoga Allah permudahkan segala urusan saya. Ingin kurangkan bercakap, tetapi banyak menulis yang baik-baik untuk di manfaat oleh orang ramai. Diberikankan kelapangan untuk menyumbang lebih banyak kepada persekitaran. Di permudahkan menyelesaikan segala hutang piutang yang berbaki. Dapat berbakti kepada ibu, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.



Nampaknya urusan saya yang lalu kurang berhasil. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Tapi inshaAllah saya tidak berputus asa. Masih ada ruang dan peluang untuk saya menjadikan ia satu kenyataan. Yang paling berhasil hanyalah pertambahan berat badan yang sangatlah efisien. Haha. Walaupun saya kerja banyak, tetapi makan pun sangatlah banyak. Sangat lah berkadar langsung. Ok, bulan oktober ni saya target untuk ke sini lagi dan tangkap gambar di tempat yang sama dengan baju, tudung dan beg yang sama cuma yang lain dengan berat 50kg. Kenapa la perempuan sangat obses dengan berat badan?? Itu sapa rajin silalah buat kajian lanjut. Saya nak fokus pada kajian gaharu sahaja :P

Bye.


Salam Sayang,
Aminah Saad
Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd