Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga dalam keadaan luar biasa baik. Saya pun Alhamdulilah syukur sangat-sangat banyak perkara-perkara yang baik bagi bulan Januari ini. Bulan pertama bagi tahun 2015. InshaAllah bagi Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd juga. Semoga diberikan kekuatan untuk terus bertahan dalam bidang ini. Saya selalu cakap pada mak yang tahun 2015 ini ialah tahun kejayaan saya, tahun kegemilangan saya...Hehe. InshaAllah tak lama lagi saya dah masuk umur 30 tahun. Kena lebih matang ,garang dan pandai masak asam pedas. Haha. Gurau je.
Industri gaharu ini sangat mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi. Saya mengakui bukan sahaja bidang gaharu ini yang mencabar, tetapi memandangkan saya berada dalam bidang ini jadi saya lebih suka menulis dan berkongsi pengalaman berkenaan industri ini. Salah satu faktor yang saya rasa sangat-sangat penting dalam apa juga perniagaan ialah kesabaran. Tambahan bagi bidang-bidang yang memerlukan satu tempoh yang agak panjang. Sabar dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Mana mungkin perjalanan perniagaan kita berjalan lancar sahaja tanpa sebarang cabaran dan dugaan kan??
Face the challenge. Dont Stop. Move on.
Bagi ramai penanam gaharu, masa depan industri gaharu ini masih samar-samar. Isu dan persoalan yang sama dibincangkan setiap kali berjumpa dengan orang-orang dalam industri ini. Namun sesetengah isu yang sering di bincangkan memang tidak akan mampu diubah oleh syarikat-syarikat kecil seperti kami. Akhirnya saya sendiri mengambil pendekatan untuk bergerak terus tanpa cuba menyelesaikan isu-isu yang saya tahu tidak mampu saya selesaikan. Saya terus lakukan apa yang saya mampu lakukan. Mungkin dengan perkembangan yang kami cuba bina setapak demi setapak akan dilihat dan diberi perhatian. Secara jujurnya saya sudah lelah dan penat dengan perjumpaan dan mesyuarat yang akhirnya tiada juga penyelesaian. Perbincangan tanpa tindakan hanya akan cantik tertulis di atas kertas sahaja. 2,3 minggu orang akan lupakan. Bulan hadapan datang bincang lagi benda yang sama. Namun saya tidak pernah berputus asa untuk memastikan satu hari nanti industri ini akan berada satu paras dengan industri lain yang telah kukuh. InshaAllah. Cuma saya ubah pendekatan sedikit :)
Saya sangat gembira dengan segala usaha berdikit-dikit yang dilakukan oleh GLR Sdn Bhd. Kami tetap bertahan walaupun dengan pelbagai cabaran. Saya sangat-sangat SAYANG keluarga Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd. Semoga kami mampu untuk terus bertahan bagi mengharungi ujian yang mungkin lebih hebat lagi di masa akan datang. Saya tidak berminat untuk bersaing dengan mana-mana syarikat Gaharu di dalam Malaysia atau di luar Negara. Saya hanya cuba buat yang lebih baik dari pencapaian GLR sebelum ini. Kami tahu tahap keupayaan kami. Ukur baju di badan sendiri.
InshaAllah kalau ada rezeki saya pun nak buat Lestary Tea House :)
Saya harap perbincangan yang berlaku pada tahun 2014 menjadi kenyataan untuk tahun 2015 ini. Semoga Exhibition ke Shanghai & Beijing menjadi kenyataan. Semoga eksport kami yang pertama menjadi kenyataan. Semoga pembangunan 2 produk baru kami juga menjadi kenyataan. Semoga kami mendapat peluang untuk membesarkan premis pemprosesan produk di Trolak. Semoga kilang minyak kami dapat beroperasi secara konsisten dan sentiasa menghasilkan Pati Minyak Gaharu berkualiti tinggi. Moga dapat geran produk daripada Felda. Dan banyak lagi perancangan-perancangan yang saya sudah saya rencanakan. Tiada yang mustahil apabila kita berusaha dan terus berusaha. Menyerahkan selebihnya kepada Yang Maha Kuasa. Moga dipermudahkan.
Best kan dapat fullkan showroom macam ni ? InshaAllah.
I loved to talk about dreams. Saya jadi excited sangat bila tulis pasal impian-impian saya ni. Walaupun kadang-kadang rasa macam jauh sangat, tapi saya yakin Allah ada. Kalau Allah izinkan bila-bila pun apa sahaja yang kita usahakan boleh jadi kenyataan. Tiada yang mustahil. Yang penting teruskan usaha tanpa berhenti. Lagi satu saya sangat-sangat excited dan happy walaupun pada benda-benda kecil yang berlaku, dapat signboard baru pun saya excited gile. Dapat design kotak baru pun dah rasa happy seharian. Syukur walaupun pada benda-benda kecil.
"Be gratitude for every single things in our life "
Ini belum dapat signboard yang real. Baru design je. Haha. Itu pun dah poyo-poyo gembira kan? Best sangat bila hari-hari rasa gembira. Walaupun banyak perkara yang stress berlaku so dengan kadar kegembiraan yang tinggi, so jadi balance. I love it so much.
Hari ini sabtu tapi kami kerja juga. Ingat tau GLR beroperasi Isnin-Sabtu bermula jam 8.30-5.30 petang. Boleh datang atau buat appointment dulu sebelum datang. InshaAllah kami cuba yang terbaik untuk melayani setiap pertanyaan anda.
Ok babai.
Comments (0)
Post a Comment