Gaharu - Platform Menguji Kesabaran

0

Labels:


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga dalam keadaan luar biasa baik. Saya pun Alhamdulilah syukur sangat-sangat banyak perkara-perkara yang baik bagi bulan Januari ini. Bulan pertama bagi tahun 2015. InshaAllah bagi Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd juga. Semoga diberikan kekuatan untuk terus bertahan dalam bidang ini. Saya selalu cakap pada mak yang tahun 2015 ini ialah tahun kejayaan saya, tahun kegemilangan saya...Hehe. InshaAllah tak lama lagi saya dah masuk umur 30 tahun. Kena lebih matang ,garang dan pandai masak asam pedas. Haha. Gurau je.



Industri gaharu ini sangat mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi. Saya mengakui bukan sahaja bidang gaharu ini yang mencabar, tetapi memandangkan saya berada dalam bidang ini jadi saya lebih suka menulis dan berkongsi pengalaman berkenaan industri ini. Salah satu faktor yang saya rasa sangat-sangat penting dalam apa juga perniagaan ialah kesabaran. Tambahan bagi bidang-bidang yang memerlukan satu tempoh yang agak panjang. Sabar dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Mana mungkin perjalanan perniagaan kita berjalan lancar sahaja tanpa sebarang cabaran dan dugaan kan??

Face the challenge. Dont Stop. Move on.


Bagi ramai penanam gaharu, masa depan industri gaharu ini masih samar-samar. Isu dan persoalan yang sama dibincangkan setiap kali berjumpa dengan orang-orang dalam industri ini. Namun sesetengah isu yang sering di bincangkan memang tidak akan mampu diubah oleh syarikat-syarikat kecil seperti kami. Akhirnya saya sendiri mengambil pendekatan untuk bergerak terus tanpa cuba menyelesaikan isu-isu yang saya tahu tidak mampu saya selesaikan. Saya terus lakukan apa yang saya mampu lakukan. Mungkin dengan perkembangan yang kami cuba bina setapak demi setapak akan dilihat dan diberi perhatian. Secara jujurnya saya sudah lelah dan penat dengan perjumpaan dan mesyuarat yang akhirnya tiada juga penyelesaian. Perbincangan tanpa tindakan hanya akan cantik tertulis di atas kertas sahaja. 2,3 minggu orang akan lupakan. Bulan hadapan datang bincang lagi benda yang sama. Namun saya tidak pernah berputus asa untuk memastikan satu hari nanti industri ini akan berada satu paras dengan industri lain yang telah kukuh. InshaAllah. Cuma saya ubah pendekatan sedikit :)

Saya sangat gembira dengan segala usaha berdikit-dikit yang dilakukan oleh GLR Sdn Bhd. Kami tetap bertahan walaupun dengan pelbagai cabaran. Saya sangat-sangat SAYANG keluarga Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd. Semoga kami mampu untuk terus bertahan bagi mengharungi ujian yang mungkin lebih hebat lagi di masa akan datang. Saya tidak berminat untuk bersaing dengan mana-mana syarikat Gaharu di dalam Malaysia atau di luar Negara. Saya hanya cuba buat yang lebih baik dari pencapaian GLR sebelum ini. Kami tahu tahap keupayaan kami. Ukur baju di badan sendiri.

InshaAllah kalau ada rezeki saya pun nak buat Lestary Tea House :)

Saya harap perbincangan yang berlaku pada tahun 2014 menjadi kenyataan untuk tahun 2015 ini. Semoga Exhibition ke Shanghai & Beijing menjadi kenyataan. Semoga eksport kami yang pertama menjadi kenyataan. Semoga pembangunan 2 produk baru kami juga menjadi kenyataan. Semoga kami mendapat peluang untuk membesarkan premis pemprosesan produk di Trolak. Semoga kilang minyak kami dapat beroperasi secara konsisten dan sentiasa menghasilkan Pati Minyak Gaharu berkualiti tinggi. Moga dapat geran produk daripada Felda. Dan banyak lagi perancangan-perancangan yang saya sudah saya rencanakan. Tiada yang mustahil apabila kita berusaha dan terus berusaha. Menyerahkan selebihnya kepada Yang Maha Kuasa. Moga dipermudahkan. 

            
Best kan dapat fullkan showroom macam ni ? InshaAllah. 


I loved to talk about dreams. Saya jadi excited sangat bila tulis pasal impian-impian saya ni. Walaupun kadang-kadang rasa macam jauh sangat, tapi saya yakin Allah ada. Kalau Allah izinkan bila-bila pun apa sahaja yang kita usahakan boleh jadi kenyataan. Tiada yang mustahil. Yang penting teruskan usaha tanpa berhenti. Lagi satu saya sangat-sangat excited dan happy walaupun pada benda-benda kecil yang berlaku, dapat signboard baru pun saya excited gile. Dapat design kotak baru pun dah rasa happy seharian. Syukur walaupun pada benda-benda kecil. 

"Be gratitude for every single things in our life " 


Ini belum dapat signboard yang real. Baru design je. Haha. Itu pun dah poyo-poyo gembira kan? Best sangat bila hari-hari rasa gembira. Walaupun banyak perkara yang stress berlaku so dengan kadar kegembiraan yang tinggi, so jadi balance. I love it so much. 

Hari ini sabtu tapi kami kerja juga. Ingat tau GLR beroperasi Isnin-Sabtu bermula jam 8.30-5.30 petang. Boleh datang atau buat appointment dulu sebelum datang. InshaAllah kami cuba yang terbaik untuk melayani setiap pertanyaan anda.

Ok babai.




8-11 Januari 2015

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda semua? Harap semuanya sihat-sihat selalu. Saya pun sihat juga cuma hari ni mood tak berapa Ok. Hihi. Sekarang pun pergerakan agak terhad. Kereta di bengkel. Ada kemalangan sedikit. Alhamdulilah masih ada yang sudi untuk tumpangkan saya ke ofis hari-hari. So ambil peluang untuk fokus kerja-kerja di ofis sahaja. Memang susah sebenarnya bila kena duduk diam-diam kerja di ofis. Tapi semuanya ada hikmahnya. Saya dapat fokus kelas mandarin saya dan kerja-kerja melengkapkan SOP perjalanan pemprosesan produk kami di Trolak.

My princess warded. Kena rehat pula sebab sebelum ni princess dah terlalu banyak membantu.



8-11 Januari 2015

Pada 8 Januari 2015 yang lalu saya ke Pekan Baru, Indonesia. Trip pertama saya untuk tahun ini. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Sebenarnya sambil hantar Datuk. Jadi sambil menyelam minum air.



Banyk juga perancangan yang sedang di atur. Semoga Allah permudahkan segala urusan-urusan tersebut. Gaharu Plaza juga kini telah mengeluarkan rokok gaharu. Sesiapa yang berminat nak berubah arah dari rokok biasa ke rokok gaharu boleh lah cuba. Tetapi kalau anda bukan seorang perokok, saya nasihatkan tak perlulah mencuba ye :)



Pemprosesan Teh Gaharu Herba

Kami di Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd (Trolak) juga sentiasa cuba meningkatkan kualiti penghasilan produk kami.






Kini, kami juga telah mengeluarkan kotak produk dwibahasa.


RM 28
15 sachet x 25g

RM 12
20 sachet x 2 g

Alhamdulilah kami menerima maklumbalas positif daripada pengguna yang mencuba produk kami. Bagi yang mengamalkan minum Teh Gaharu Herba, ia akan membantu menyingkirkan asid urik berlebihan dalam badan.Jadi sesiapa yang gout tu sangatlah sesuai untuk mencuba Teh Gaharu Herba kami ni. Bukan itu sahaja, jika anda ada masalah untuk sukar tidur, cuba amalkan minum Teh Gaharu ni beberapa jam sebelum tidur. InshaAllah, ia dapat membantu anda mendapatkan tidur yang lebih berkualiti. Untuk kencing manis dan juga tekanan darah tinggi boleh cuba. Ia bukanlah ubat, tetapi minuman harian yang berkhasiat. Jika anda tidak mempunyai penyakit serius, pengamalan meminum Teh Gaharu ini dapat mencegah anda daripada penyakit-penyakit yang dinyatakan tu. Satu uncang boleh bancuh dalam satu jug dan boleh diminum satu keluarga. Ok sangat kan?

Manakala Kopi Gaharu Aprikot kami juga menerima banyak komen-komen positif. Terutamanya berkenaan dengan rasanya yang sangat-sangat enak. Harum dan menyegarkan. Ada juga maklumbalas yang kami terima ia melancarkan sistem darah, kepada yang ada masalah period juga ia dapat membantu cycle yang terganggu. Selain itu, Kopi Gaharu Aprikot ini dapat memberikan tenaga supaya anda tidak kelesuan lagi. Tambah-tambah isteri-isteri yang bekerja, balik rumah sambung pula menyiapkan tugasan di rumah. InshaAllah, ada beberapa feedback yang kami terima menyatakan ia membantu badan lebih segar dan tidak lesu apabila pulang dari kerja. Selain itu, ada juga maklumbalas berkenaan dengan sakit-sakit sendi yang semakin berkurangan apabila mula meminum Kopi Gaharu Aprikot kami ini. Alhamdulilah. Syukur atas komen-komen positif tersebut. 

Kini, kami juga sedang mengumpulkan testimoni daripada pelanggan yang menggunakan produk kami. Jika anda sudi berkongsi testimoni dengan pihak GLR diskaun hebat menanti anda. Anda juga mungkin mendapat produk secara PERCUMA. Kepada mana-mana individu yang menghadapi masalah kesihatan seperti yang kami nyatakan di atas juga boleh cuba hubungi kami. Kami sedang berbaik hati untuk memberikan produk kepada anda yang bertuah apabila kena dengan syarat-syarat yang kami tetapkan. Terus hubungi kami untuk maklumat lanjut. 013-4335541. 

Ikhlas,
Aminah Saad