Gaharu Trip & Pusat Pengumpulan Produk Gaharu

0

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Minggu lepas adalah antara minggu yang agak pack dan memenatkan bagi saya. Namun syukur alhamdulilah saya berjaya menghabiskan minggu lepas dengan baik walaupun agak kelam kabut. Gaharu Tourism yang terpaksa dibatalkan telah diganti dengan lawatan kumpulan kecil. Saya harap mereka yang terlibat berpuas hati dan mendapat manfaat daripada segala yang dikongsikan, tempat yang dilawati dan juga kursus pengenalan PENGHARUM yang dihadiri.






Kursus Pengenalan Gaharu Anjuran PENGHARUM dan Bio Benua Sdn Bhd pada 30 Mac 2014.





Selain itu, saya juga ingin memaklumkan kepada semua Gaharu Lestari Resources telah membuka Pusat Pengumpulan & Pengedaran Produk berasaskan Gaharu bertempat di Trolak, Sungkai. Kepada yang berminat untuk mencuba produk-produk gaharu yang terdapat di pasaran anda boleh menghubungi pihak kami. Untuk pembelian secara online, laman web shopping masih dalam pembinaan. Anda boleh ke PAGE Gaharu Lestari Resources untuk mendapatkan maklumat berkenaan produk-produk ini.

* Pusat Pengumpulan & Pengedaran Produk Gaharu ini baru beroperasi sebulan setengah. Mudah-mudahan segalanya lancar.

Antara contoh produk-produk yang terdapat di kedai kami ialah : -






Oklah, saya rasa setakat ini dulu. Saya memang rasa macam blur je tak tahu nak tulis apa. Memang nak share gambar sahaja.

Sekian. Babai :)

Bengkel Kebangsaan Inokulasi Gaharu (SABAH) 2014

0

Labels:

Salam buat semua,

Pada malam ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan Bengkel Kebangsaan Inokulasi yang akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah. Nampaknya orang-orang Sabah yang kerap bertanya berkenaan dengan program di sana bolehlah join program ini ya. Tempat terhad kepada 60 orang sahaja. Cepat mendaftar sebelum tempat penuh. Pendaftaran sebelum 31 Mac 2014 akan mendapat diskaun dan hanya perlu membayar RM 350 manakala kepada yang mendaftar lewat daripada tarikh tersebut RM 400.



Sekian, nampaknya susah sangat nak update blog bila di kampung sebab line sangatlah macam siput.

Kursus Gaharu PENGHARUM

2



Pembelian Daun Gaharu

0

Labels:


UNTUK PERHATIAN SEMUA !!

Kepada mana-mana pihak yang ingin menjual daun gaharu boleh SMS atau menghubungi Puan Rina di talian 013-4335541. Keutamaan diberikan kepada penanam disekitar Perak dan Selangor bagi spesis Subintegra. Kepada penanam dikawasan lain dengan spesis yang lain, juga boleh menghubungi Puan Rina untuk memberikan maklumat anda. Kami akan menghubungi pihak anda apabila sudah menerima daun daripada spesis yang lain. 

Alhamdulilah kami kini melangkah setapak lagi dalam usaha mengembangkan industri gaharu di Malaysia dengan mewujudkan pusat pengumpulan bahan mentah (daun gaharu) dan juga produk-produk berasaskan gaharu berlokasi di Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak. 

Alamat :
Kedai No.1, Bangunan PIRF
Felda Trolak Utara
35600 Sungkai
Perak Darul Ridzuan
Tel : 013-4335541


Pray for MH370

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,


Pastinya ramai yang sedang mengikuti tentang perkembangan kehilangan pesawat MH370 yang begitu menyedihkan seluruh rakyat Malaysia, dan dunia juga. Kehilangan yang menimbulkan 1001 persoalan disetiap fikiran. Saya juga memang mengikuti perkembangan ini baik melalui televisyen atau pun internet. Kadang kala atas sebab kesibukan, saya hanya mengikuti melalui media sosial. Namun agak kecewa dengan pelbagai persepsi dan andaian bukan-bukan yang dilontarkan. Menulis tidak berasas dan mungkin mengguris hati pelbagai pihak yang membaca. Walaupun tiada saudara mara atau rakan rapat yang terlibat, kadang kala saya pula emosional dengan tulisan-tulisan tersebut. Namun, saya berharap dan berdoa yang terbaik utk seluruh krew dan penumpang MH370.

Memang keadaan sekarang agak sibuk. Di tambah pula sekarang saya perlu berulang alik juga dari Trolak ke Shah Alam. Walaupun agak penat tetapi buat masa ini, inilah pilihan yang terbaik. InshaAllah, mudah mudahan Allah berikan saya bantuan. Yang susah menjadi mudah, Yang jauh menjadi dekat. Alhamdulilah, diberikan pembantu yang sangat boleh diharap (buat masa ini), saya rasa kurang sedikit bebanan yang ditanggung. Walaupun baru 20% kerja-kerja diserahkan kepadanya, namun saya lebih lega. Allah hantarkan saya bantuan di saat saya betul-betul rasa memerlukan. Di saat saya rasa sangat down dan penat sangat menguruskan banyak perkara. Walaupun kadang kala orang nmpk mcm saya tak buat apa (eh ye ke?) tetapi banyak sangat urusan yang perlu diselesaikan. Penat secara fizikal, mental dan emosi. Haha.

Ada suatu petang tu, kerana terlalu lah penat berurusan daripada pagi sampai rasa nak menangis. Eh memang dah nangis pun. Waktu tu memang saya rasa down sangat. Saya doa ada orang datang bantu saya. Sebab waktu tu saya dah tak larat sangat-sangat. Tapi dalam masa yang sama, saya terus motivasi diri untuk siapkan kerja-kerja tersebut. Dalam kepenatan sambung memandu ke Trolak. Alhamdulilah saya di anugerahkan satu keadaan yang mudah untuk menenangkan hati sendiri. Pujuk-pujuk hati gitu. Lepas tu Ok dan akan bersemangat kembali. Sampai rumah mengadu jap dekat mak lepas tu Ok lah. Esok boleh kerja balik dengan happy.

Bukan senang nak berjaya kan??

Kalau sesuatu tu senang nak dapat mesti semua orang dah berjaya kan. Jika perjalanannya tak susah mesti ramai yang dah sampai ke destinasi. Ada yang dah hampir ke destinasi pun boleh berpatah balik. Tambahan saya yang masih jauh lagi perjalanan. Namun saya nampak dengan jelas destinasi saya. Cuma saya tak pasti ia ambil masa berapa lama lagi. Kalau ikut sasaran saya, tahun 2015 tahun kejayaan saya. Haha. Kadang-kadang saya ni terlebih semangat, tapi bila saya tak bersemangat pula lagi teruk kot dari orang lain. Kesian sungguh.

Eh, apa la saya merepek ni. Sebenarnya dulu saya ada blog personal yang saya selalu jadikan tempat meluahkan perasaaan marah, tertekan, geram dan sebagainya. Pendek kata lebih banyak yang negatif daripada yang positif. Sampaikan ada seorang kawan baik saya ckp " Eh min dah berubah la, dulu banyak cite emo2, sedih2, geram2, marah2 dsb". Sekarang tulis formal je ( Cuba anda bayangkan jika ini kawan saya ckp formal, dulu entah macam mana la lagi kan...). Disebabkan saya dah tak boleh tulis kat blog tu, jadi sy tulis la sikit2 luahan perasaan saya tu disini. Hihi :P

Oklah, sebenarnya saya nak update berkenaan dengan Gaharu Tourism yang saya iklankan tempoh hari. Saya mohon maaf kerana saya upload picture yang lama dengan tarikh yang lama. Sebenarnya tarikh yang baru ialah 28 Mac sehingga 1 April 2014 ini. Disebabkan line di Trolak tidaklah berapa Ok jadi saya tidak boleh nak update blog. Bila balik ke Shah Alam , urusan dari pagi smpi lewat petang sampai rumah dah rasa nak tidur je. Tetapi di facebook memang saya dah maklumkan hujung bulan feb tu lagi. Harap-harap kepada yang berkelapangan pada tarikh tersebut boleh la join program ini ye. InshaAllah, banyak manfaat yang akan diperolehi.

* pada borang ini ada kesilapan pada tarikh iaitu 28 Mac- 1 April 2014




Oklah, saya nak kena sambung lagi kerja-kerja lain. Harap ada beberapa kerja penting dapat saya siapkan malam ni. #pray4MH370 #pray4aminah

p/s : Update PENGHARUM disini http://pengharummalaysia.blogspot.com/2014/03/dialog-industri-gaharu-2014.html