Apakah CITES?

0

Labels:

Sebelum saya terlibat dalam bidang gaharu, saya tidak pernah mengambil tahu apakah itu CITES atau peranan yang dimainkan oleh CITES. Atau mungkin saya tidak mengambil tahu kerana secara jujurnya saya juga tidak tahu akan kewujudannya. :(

CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesis Fauna dan Flora Terancam) adalah satu perjanjian antarabangsa kerajaan. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa perdagangan yang melibatkan spesimen haiwan liar dan tumbuhan tidak mengancam kelangsungan hidup mereka. Terdapat 5,000 spesis haiwan dan 28,000 spesis tumbuhan telah disenaraikan dibawah CITES. Ia perlu dilindungi dan dikawal bersama-sama.


source : google 


Di awal pembabitan saya, ketika peringkat mengumpulkan maklumat saya mula terdedah dengan perkataan CITES ini yang mana akan saya jumpa di setiap blog/ laman web yang memperkatakan tentang gaharu ini. CITES telah menyenaraikan spesis gaharu iaitu Aquilaria malaccencis didalam Appendix II pada tahun 1995. Pada ketika itu spesis gaharu yang lain masih tidak disenaraikan mungkin kerana masih dianggap SELAMAT. Namun begitu, bermula tahun 2004 kesemua spesis dibawah Genus Aquilaria dan juga Gyrinops telah disenaraikan dibawah Appendix II CITES.

Apakah yang dinyatakan dalam Appendix II?

Appendix II lists species that are not necessarily now threatened with extinction but that may become so unless trade is closely controlled. It also includes so-called "look-alike species", i.e. species of which the specimens in trade look like those of species listed for conservation reasons. International trade in specimens of Appendix-II species may be authorized by the granting of an export permit or re-export certificate. No import permit is necessary for these species under CITES (although a permit is needed in some countries that have taken stricter measures than CITES requires). Permits or certificates should only be granted if the relevant authorities are satisfied that certain conditions are met, above all that trade will not be detrimental to the survival of the species in the wild.
(source : www.cites.org)


Definasi :
Appendix II menyenaraikan spesis yang tidak semestinya kini sudah terancam dengan kepupusan tetapi yang mungkin menjadi sedemikian rupa jika perdagangannya tidak dikawal. Ia juga termasuk apa yang dipanggil "rupa sama spesis" (cth disini, minyak gaharu, serbuk, kayu dll) iaitu sebagai menyerupai spesis yang tersenarai bagi tujuan pemulihan. Perdagangan antarabangsa bagi spesis yang tersenarai dalam Appendix II ini boleh diberi kuasa oleh pemberian permit eksport atau eksport semula. Permit import adalah tidak diperlukan kecuali kepada sesetengah Negara yang telah mengambil langkah-langkah yang lebih ketat bagi mengawal pengeluaran spesis dibawah Appendix II ini. Permit atau perakuan hanya patut diberikan jika pihak berkuasa yang berkenaan berpuas hati bahawa syarat-syarat tertentu dipenuhi sehingga semua dagangan itu tidak akan menjejaskan kehidupan spesis ini didalam hutan. 


Telah dijelaskan diatas bahawa kawalan CITES adalah berkuatkuasa terhadap gaharu yang diperolehi daripada sumber asal atau semulajadi sahaja. Ini adalah bertujuan untuk memelihara kelestarian sumber ini di masa akan datang. Walaupun tidak dapat dinafikan masih terdapat individu/kumpulan yang tidak mengendahkan langsung akta ini dan menceroboh dengan mengambil hasil hutan ini sesuka hati. Di Malaysia, pihak berkuasa (management authority) yang mengawal pengeluaran permit CITES adalah MTIB (Malaysia Timber Industry Board). Untuk mendapatkan permit CITES, permohonan perlu dipanjangkan kepada pihak MTIB sebelum perdagangan gaharu ke negara luar dapat diteruskan. Masalah mungkin akan timbul jika anda tidak mempunyai permit CITES apabila tiba di Negara yang akan menerima produk anda nanti.

Pembangunan ladang gaharu merupakan salah satu alternatif bagi mengekalkan sumber bahan mentah gaharu di masa akan datang. Jika gaharu pada masa akan datang disenaraikan dibawah Appendix I maka penuaiannya daripada habitat semulajadi adalah tidak boleh sama sekali. Ketika itu, perladangan gaharu menjadi sumber utama pengeluaran gaharu mentah. Jika kita tidak mula menanam dari sekarang, mungkin Malaysia tidak lagi mampu tersenarai sebagai antara pengeksport utama gaharu di dunia.

Sekian untuk perkongsian pada kali ini. :)

Ikhlas,
Aminah Saad

Bengkel Gaharu Lagi

1

Labels:

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dengan kerjasama Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia sekali lagi mengadakan satu bengkel teknik kultivasi gaharu. Kepada yang sering bertanya berkenaan dengan kursus/bengkel, jika anda berkelapangan maka sudi-sudikanlah untuk menyertai bengkel ini. Maklumat berkenaan bengkel ini adalah seperti dibawah :

Tarikh : 27-28 September 2011
Tempat : Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, Selangor
Yuran Penyertaan : RM 300
TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 50 PESERTA SHJ !!!!


Kepada yang memang sedang ternanti-nantikan untuk menghadiri kursus maka anda perlu bergerak pantas dan daftar diri anda sekarang. Ingat, jumlah perserta hanya terhad kepada 50 peserta sahaja. Yuran hanya RM 300 untuk 2 hari, memang tidak harus dilepaskan bagi menambah ilmu anda dalam bidang ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan kursus ini, anda boleh lawati laman web MTIB atau jika masih kurang jelas, jangan malu-malu untuk terus menghubungi mereka. Walaupun makluman ini agak lambat, namun mudah-mudahan ada yang masih berkesempatan utk menyertai bengkel ini. InsyaAllah.

Antara topik yang akan dibincangkan :

Pengenalan dan polisi penguatkuasaan Semenanjung Malaysia.
Pemilihan anak benih, silvikultur dan konsep penubuhan ladang.
Pengalaman penubuhan ladang dan penghasilan gaharu.
Analisa ekonomi perladangan karas dan penghasilan gaharu.
Peluang dan cabaran industri gaharu Malaysia.
Kaedah inokulasi teras dan penuaian.
Kaedah pemeringkatan dan pemprosesan minyak gaharu.
Polisi dan perundangan perladangan gaharu Malaysia.

Semoga anda mendapat manfaat dari bengkel yang bakal dihadiri. Saya yakin banyak ilmu-ilmu baru yang akan dipelajari menerusi bengkel ini dan dapat anda aplikasikan jika anda berhasrat untuk menceburi bidang ini. Jangan berkira untuk membuat pelaburan terhadap ilmu, kerana ilmu yang salah akan menelan kos yang lebih tinggi. Fikir-fikirkanlah !!


Ikhlas,
Aminah Saad

Selamat Menyambut AidilFitri

1

Labels:

Salam Aidilfitri,

Walaupun sudah agak lewat mengucapkan selamat menyambut bulan kemenangan setelah sebulan kita berpuasa.   Semoga meraikan dengan penuh kesyukuran. 


Sudah agak lama tidak mengemaskini sebarang info berkenaan gaharu ini. InsyaAllah, saya akan mula menulis semula. 

Jemput lawati ke blog En.Jamar kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba inokulan beliau. Tengah ada PROMOSI HEBAT tu. 

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri dan Maaf Andai sepanjang saya menulis dan terlibat dalam bidang ini ada salah dan silap. Sesungguhnya sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Sekian.