Assalamualaikum wbt,
Semoga anda dalam keadaan yang baik dari segala aspek kehidupan. Jika ada dibelenggu pelbagai masalah, semoga dapat tenangkan diri dalam mencari pernyelesaian bagi setiap permasalahan yang dihadapi.
Berbalik kepada tajuk entri pada hari ini,
" Berapa Anda Sanggup Bayar?"
Persoalan ini bukan merujuk kepada berapa anda sanggup bayar bagi sekilo gaharu gred A, atau 5 liter minyak gaharu berkualiti tinggi atau ubat inokulan yang sangat berkesan. Apa yang saya ingin tanyakan ialah "berapakah anda sanggup bayar untuk satu pengalaman? Ia tidak boleh diperolehi dengan membaca buku atau hal berkaitan teori. Anda kena terjun dan melibatkan diri secara "on the ground" berkaitan hal tersebut untuk mendapatkan pengalaman yang sebenar.
Pengalaman GAGAL dalam perniagaan.
Pengalaman di TIPU hidup-hidup (jelas2 orang tipu pun tak perasan)
Pengalaman KERUGIAN berjuta-juta.
Pengalaman bertemu dengan orang JAHAT.
Pengalaman tersalah membuat KEPUTUSAN.
Jika anda berfikir secara positif, maka anda akan mengambil pengalaman yang terjadi sebagai ikhtibar. Redha dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah. Mula bangun kembali dan meneruskan perjalanan anda.
Terdapat begitu ramai yang bertanya tentang inokulan apakah yang terbaik bagi menghasilkan gaharu yang berkualiti tinggi? Secara jujurnya saya juga tidak dapat memberikan jawapan yang pasti. Saya sendiri masih dalam percubaan beberapa jenis inokulan. Namun saya juga tidak nyatakan bahawa inokulan itu tidak baik, teruk atau sebagainya. Percubaan demi percubaan dilakukan, ada yang jelas tidak berhasil dan ada yang kelihatan berhasil namun masih tidak dapat dipastikan.Inilah pentingnya kerjasama dalam mencapai kejayaan. Jika kita terlalu tamak dan kedekut ilmu pengetahuan maka sampai bila pun industri gaharu di Malaysia akan ditahap yang sama. Mungkin semakin teruk.
Gaharu merupakan satu pelaburan jangka panjang. Begitu banyak kesabaran dan ketahanan diperlukan bagi mendapatkan hasil yang seperti kita inginkan. Ada yang tertipu dengan penjual anak pokok. Ya, memang pahit apabila pelaburan sejumlah wang lesap begitu sahaja sedangkan pokok yang diperolehi mati atau sebagainya. Ya, memang panas hati apabila begitu ramai orang yang menguar-uarkan kehebatan inokulan masing-masing, namun hasilnya mengecewakan. Ya, memang serik apabila terbeli gaharu dengan harga yang mahal sedangkan ia gaharu palsu.
Hmmm, mungkin beratus situasi lagi telah anda hadapi. Jangan risau, itu merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi perjalanan anda menuju kejayaan. Tidak semua orang mampu memilikinya. Allah jalinkan proses pembelajaran kita melalui halangan-halangan tersebut. Jika ia terlalu mudah dicapai, pasti semua orang boleh melakukannya. Dan inilah bezanya orang yang berjaya dan tidak berjaya. Jika jalan yang dilalui sebegitu sukar, manusia akan lebih menghargai setiap kejayaan yang akan diraih nanti. Supaya kita tidak lupa diri, Supaya tidak kita pula yang menipu orang lain dikemudian hari.
Jika semalam anda kerugian RM 2000 membeli inokulan yang langsung tidak berkesan. Redha dan anggaplah ia bayaran untuk pengalaman tersebut.
Jika hari ini pokok yang anda tanam seluas 2 ekar tiba-tiba mati kerana banjir. Redha dan anggaplah ini pelajaran yang Allah ingin sampaikan kepada kita. Ia pengalaman yang tidak boleh ditukar ganti.
Jika hari ini, setelah melalui begitu banyak halangan dan dugaan anda masih lagi dalam industri ini maka anda sememangnya HEBAT. Anda cekal kerana masih terus bertahan. TAHNIAH buat anda.
Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang selalu berkongsi pengalaman mereka setelah melalui begitu banyak pengalaman jatuh bangun. Mereka tidak mahu orang lain mengulanginya pula. Bagi mereka pengalaman itu terlalu pahit untuk dibiarkan orang lain merasa juga. Terima kasih kerana kita dapat belajar dari pengalaman mereka. Inilah salah satu cara mengurangkan kegagalan, belajar dari mereka yang berpengalaman (tapi jika orang yang tidak berpengalaman mengaku diri berpengalaman dan anda tertipu olehnya, anggaplah ia satu pelajaran buat anda..:))
Jadi berapa anda sanggup bayar untuk satu pengalaman?
Sekian, Wassalam.

Tepuk dada, tanya ke dalam diri.
Sekian, Wassalam.