Pengurusan Ladang Yang Betul

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Pengurusan ladang yang betul adalah amat penting dalam memaksimakan hasil dan meminimakan kos pengeluaran. Sistem pengurusan ladang yang tidak betul akan meningkatkan kos pengeluaran dan mungkin produktiviti akan menurun seterusnya menjejaskan hasil yang akan diperolehi. Pengurusan ladang karas di Malaysia masih ditahap perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa. Maklumat yang diperolehi secara tidak tepat menjadi punca pengurusan ladang menjadi kucar kacir. Selain itu, tidak dapat dinafikan terdapat banyak perkara yang masih dalam peringkat kajian menyebabkan para penanam menggunakan kaedah cuba jaya seterusnya menyumbang kepada pengurusan ladang yang tidak betul.

Pengurusan ladang penting kepada perladangan yang dijalankan secara besar-besaran mahupun yang dijalankan secara berskala kecil. Pengurusan ladang yang betul dapat menghasilkan persekitaran ladang yang kondusif dan hubungan pekerja dan majikan yang baik.

Antara faktor-faktor penting dalam aspek pengurusan ladang ialah :

1)    1)  Pengurusan tenaga kerja ( memberikan ilmu kepada pekerja bagi menghasilkan kualiti kerja yang maksima)
2)   2)   Jadual kerja – memberikan maklumat yang jelas kepada para pekerja skop kerja yang ingin dijalankan dan   masa yang bersesuaian
3)   3)   Pengurusan rumpai
4)   4)  Pembajaan
5)   5)  Pengurusan air
6)   6)  Pengurusan makhluk perosak dan penyakit





Bagi individu atau syarikat yang ingin memulakan perladangan karas, cuba pastikan anda mendapatkan maklumat yang tepat dan cukup bagi mengurangkan permasalahan yang mungkin timbul dikemudian hari berkaitan dengan pengurusan ladang yang baik. Perladangan merupakan satu pelaburan untuk jangka masa yang panjang, adalah rugi jika kita mengabaikan aspek pengurusan yang berkualiti sehingga menyebabkan kerugian pelaburan yang telah lama kita tunggu.


" Fail to plan is planning to fail ! "

Semoga Berjaya !!

Ikhlas,
Aminah Saad

Comments (3)

terlalu banyak penjual anak benih,inokulan dan skim berbanding pembeli hasilan gaharu. lagipun hasilan gaharu bukan mudah untuk dipasarkan. cerita
boleh menjadi jutawan sekirany mengusaha 1 ekar hanya retorik bagi memudah jual anak benih, inokulan dan skim aja.Ada bukti mereka sudah jadi jutawan? setakat ni. fikir fikirlah teman, dunia dipenuni dgn pembohong

Memang benar kata anda, saya tidak nafikan. Namun begitu, gunakanlah akal fikiran yang dianugerahkan untuk menilai yang mana satu pembohong dan yang benar. Jika anda rasa ini hanyalah pembohongan, maka cuba jauhkan diri dari perkara tersebut. InsyaAllah, anda akan terselamat dari pembohongan tersebut.

Yang paling utama, jangan menjadi pembohong. Jujurlah dalam setiap perkara yang anda lakukan.Moga-moga Allah melindungi kita dari kejahatan dan tipu daya.

Wslm.

ni tanam kat ane nie??

Post a Comment