Pengurusan Ladang Yang Betul

3

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Pengurusan ladang yang betul adalah amat penting dalam memaksimakan hasil dan meminimakan kos pengeluaran. Sistem pengurusan ladang yang tidak betul akan meningkatkan kos pengeluaran dan mungkin produktiviti akan menurun seterusnya menjejaskan hasil yang akan diperolehi. Pengurusan ladang karas di Malaysia masih ditahap perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa. Maklumat yang diperolehi secara tidak tepat menjadi punca pengurusan ladang menjadi kucar kacir. Selain itu, tidak dapat dinafikan terdapat banyak perkara yang masih dalam peringkat kajian menyebabkan para penanam menggunakan kaedah cuba jaya seterusnya menyumbang kepada pengurusan ladang yang tidak betul.

Pengurusan ladang penting kepada perladangan yang dijalankan secara besar-besaran mahupun yang dijalankan secara berskala kecil. Pengurusan ladang yang betul dapat menghasilkan persekitaran ladang yang kondusif dan hubungan pekerja dan majikan yang baik.

Antara faktor-faktor penting dalam aspek pengurusan ladang ialah :

1)    1)  Pengurusan tenaga kerja ( memberikan ilmu kepada pekerja bagi menghasilkan kualiti kerja yang maksima)
2)   2)   Jadual kerja – memberikan maklumat yang jelas kepada para pekerja skop kerja yang ingin dijalankan dan   masa yang bersesuaian
3)   3)   Pengurusan rumpai
4)   4)  Pembajaan
5)   5)  Pengurusan air
6)   6)  Pengurusan makhluk perosak dan penyakit





Bagi individu atau syarikat yang ingin memulakan perladangan karas, cuba pastikan anda mendapatkan maklumat yang tepat dan cukup bagi mengurangkan permasalahan yang mungkin timbul dikemudian hari berkaitan dengan pengurusan ladang yang baik. Perladangan merupakan satu pelaburan untuk jangka masa yang panjang, adalah rugi jika kita mengabaikan aspek pengurusan yang berkualiti sehingga menyebabkan kerugian pelaburan yang telah lama kita tunggu.


" Fail to plan is planning to fail ! "

Semoga Berjaya !!

Ikhlas,
Aminah Saad

Suntikan 4 Februari 2011

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada 3-5 februari yang lalu bersamaan tarikh saya ke lawatan tapak projek, satu team suntikan pokok gaharu juga telah pergi ke Tanah Merah, Kelantan bagi sambungan suntikan pada 17 Disember yang lepas. Kali ini team suntikan ingin menambah ubat suntikan sehingga ke puncak pokok.




Kesan yang ditunjukkan oleh pokok gaharu liar ini hasil daripada suntikan inokulan yang telah dijalankan berusia lebih setahun. Kesan yang ditunjukkan mungkin agak lambat berbanding suntikan pada pokok karas secara perladangan.




Pembentukan gaharu mengambil masa yang agak lama berbanding kayu yang hanya ingin digunakan bagi proses penyulingan minyak. Kita tunggu dan lihat hasil yang akan terbentuk dari pokok ini. InsyaAllah.

Sekian, semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada para pembaca. Selamat memulakan semula kerja dan tugasan harian esok. Happy Monday !!


Ikhlas,
Aminah Saad

Lawatan 3-5 Februari 2011

0

Labels: ,

Assalamualaikum wbt,

Semoga sihat dibawah naungan Illahi. Pada hari ini saya ingin berkongsikan gambar sempena lawatan kajian projek PHD saya di Dabong, Kelantan dan juga Pasir Raja, Terengganu pada 3-5 Februari yang lalu. Pada entri kali ini saya tidak akan mengulas lanjut sekadar perkongsian gambar. Perjalanan yang agak memenatkan memandangkan bersamaan dengan cuti tahun baru cina menyebabkan jalan begitu sesak. Namun begitu, alhamdulillah, segala program yang di atur berjalan lancar. Terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi lawatan ini.

Saya akan mengupdate berkaitan research di sini.










Semoga segala usaha penyelidikan yang dijalankan dapat menyumbang ke arah melestarikan industri gaharu di Malaysia seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hub gaharu dunia. InsyaAllah.

Salam Hormat,
Aminah Saad