KAEDAH JUAL BELI TERAS GAHARU (GAHARU CHIP) - BAHAGIAN 1

0

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua, 

Ni dah tahap bukan bersawang lagi dah tapi dah jadi blog hantu dah ni. Haha. So hari ni saya ingin berkongsi dengan pembaca semua berkenaan Kaedah Jual Beli Teras Gaharu. Ramai yang masih keliru dengan urusniaga berkaitan teras gaharu. Bagaimana meletakkan harga gaharu yang bersesuaian dengan kualiti yang ditawarkan. 


Walaupun terdapat standard yang dikeluarkan oleh pihak berautoriti namun begitu ia tidak digunakan secara meluas oleh pengusaha Gaharu di Malaysia. Maka jual beli teras gaharu ini masih berterusan menggunakan konsep “ suka sama suka”. 

Jika pembeli suka dan setuju dengan harga yang ditawarkan maka urusniaga tersebut boleh dilaksanakan. Jika tidak maka setakat itu sahaja. Tak perlu kecik hati jika pembeli tidak bersetuju dengan harga yang kita tawarkan, pembeli pula tak perlu marah jika penjual tidak dapat memberikan harga yang anda inginkan. 

Bagi pemain baru, konsep ini memang agak sukar untuk diikuti. Tambahan faktor kurang ilmu dan pengalaman bagi menentukan jenis yang disukai pembeli dengan harga yang bersesuaian. Bila pembeli lihat penjual pun macam kurang faham dengan apa yang ditawarkan, maka pembeli mula mengambil kesempatan untuk membeli pada kadar harga yang rendah.  Jadi marilah kita bermuamalah dengan jujur, integriti dan sentiasa mencari ilmu agar tidak mudah diambil kesempatan. 

Di LESTARY, kami menawarkan 3 jenis Gaharu Chip yang dijual pada harga RM 35 , RM 65 dan RM 105 sebotol. Satu botol mengandungi 10gram Gaharu Chip. Ia dalam bentuk chip kecil yang telah dipotong jadi pengguna tidak perlu lagi mematahkan kepingan besar. Mudah digunakan. 

Kesemua Gaharu Chip yang terdapat di LESTARY menggunakan sumber kayu daripada pokok Gaharu yang ditanam. Jadi jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk yang kami tawarkan, boleh Whatsapp 011-37451965. 


Yang Kembali Menulis,

Aminah Saad

Pusat Pengumpulan Teh Gah (PPTG) dan Pengedar

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Nampaknya blog ni dah tahap rumah hantu. Makin lama ditinggalkan. Makin tidak punya masa untuk mengemaskini disini. Namun untuk pertanyaan lebih pantas, anda boleh berhubung dengan kami di Page : Gaharu Lestari Resources ( Boleh lihat di sebelah kanan blog ini dan tekan LIKE ya). Maklumlah nak kemas kini di media sosial adalah lebih mudah berbanding di blog.

Ok kembali ke topik perbincangan. Persatuan Pengusaha Gaharu Bumiputera Malaysia (PENGHARUM) telah membuka pendaftaran untuk Pusat Pengumpulan Teh Gah (PPTG) dan juga Pengedar di Seluruh Malaysia. InsyaAllah, selepas ini lebih mudah anda untuk mendapatkan stok Teh Gah daripada pengedar berhampiran dengan anda. Nanti dah dapat senarai penuh saya akan update di sini ya.





Kepada yang berminat untuk menjadi PPTG dan Pengedar, anda boleh hubungi En Ismail ( 017-6912202)

Selamat Hari Raya Aidil Adha semua :)

Promosi 1 Rejab/ Hari Wanita Sedunia

0

Labels: ,


PROMOSI TERKINI HANYA RM 99

1 x Incense Burner RM 120
1 x Torch Gun RM 25
1 x Oud Rose Bakhoor RM 40
1 x Charcoal Tablet 100 pcs RM 25
1 x Tweezer RM 5

TOTAL RM 215


Whatsapp segera ke 010-3233064

Kursus Penanaman & Suntik Pokok Gaharu

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga anda semua dalam keadaan sihat, gembira dan positif melalui segala tugasan hakiki. Hari ni saya nak kongsikan sedikit maklumat berkenaan kursus " PENANAMAN DAN SUNTIKAN GAHARU " yang akan diadakan di Sungkai, Perak.

▶ YURAN KURSUS RM100 seorang
▶ Tarikh 23 Mac 2019
▶ Jam 9 pagi - 1 tengahari
▶ Terhad untuk 20 peserta sahaja

Lokasi :  Gaharu Lestari Resources (Felda Trolak Utara), Sungkai, Perak.

Buat pertama kali kita buat di Sungkai. Apa yang akan anda pelajari dalam kursus pada ini ?

✔ Pengenalan berkenaan Gaharu
✔Teknik dan kaedah penanaman Pokok Karas
✔Penjagaan dan pembajaan Pokok Karas
✔Kaedah usaha hasil dan inokulasi
✔Praktikal tanaman pokok Karas
✔Praktikal suntikan pokok Karas



Untuk slot suntikan pokok, kita jemput En Jama Rusli (CEO Agarwood Biotech Expert) untuk memberikan penerangan dan juga demo cara suntikan. Dan anda berpeluang untuk tanyakan pelbagai-bagai soalan yang menganggu fikiran anda selama ini.



DAFTAR SEGERA kerana tempat adalah TERHAD. Boleh whatsapp saya untuk mendaftar ya.

 +60134335541 Pn Min

Pembuka Tahun 2019- Trip Gaharu Shenzhen

0

Labels: , ,

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Wahhhh dah bersawang berhabuk dah blog saya ni. Ye lah, hampir setengah tahun tak berupdate. Mohon maaf kepada pembaca yang rajin nak membaca maklumat tetapi blog terbiar sepi tanpa coretan. InsyaAllah, saya cuba menanam keazaman untuk terus mengemaskini blog dengan lebih kerap selepas ini (jangan janji tinggal janji dah la ya...)

Hari ni saya nak update berkenaan Trip Gaharu ke Shenzhen pada 24-27 Januari 2019 yang lalu. Alhamdulilah trip berjalan lancar dan banyak ilmu-ilmu baru yang peserta perolehi. Pengalaman yang tidak dapat dijual beli. Ye la, kita selalunya tahu bahawa pasaran Gaharu ini diluar Negara tetapi kita sendiri tidak pernah tengok dengan mata kita sendiri. 

" See to believe" 

Bila dah tengok sendiri barulah lebih berkeyakinan. Barulah rasa yakin untuk meneruskan bidang Gaharu ni. Its matter of time. Buat gaharu ni kena banyak banyak bersabar. 








Sebenarnya gambar banyak sangat tapi kita upload yang ini dulu buat kenangan. Ini poasting refreshing so tak boleh tulis banyak-banyak. InsyaAllah, nanti saya akan update lag secara lebih details berkenaan trip kali ni. 

Yang rindu menulis blog dan juga rindu nak merepek, 
Puan Min

Buku Gaharu Komoditi Ketiga

0

Labels: ,

Assalamualaikum semua,

Hari ni saya nak share sikit berkenaan dengan buku gaharu terbaru yang ditulis oleh sahabat UPM sy, En Ismail Muhammad. Dulu beliau pun dah pernah hasilkan satu buku Gaharu. Sekarang menghasilkan buku yang kedua 😊😊

Buku ini mengandungi 233 mukasurat. Jika anda masih baru dalam bidang Gaharu ni sesuai sangat dapatkan senaskah buku Gaharu ini. Ye la kan, ilmu kena usaha cari. Ada org bayar beribu-ribu kerana nak dapatkan ilmu. Ni buku ni baru RM 75 termasuk pos laju terus ke rumah anda. Memang berbaloi sangat-sangat 😊😊😊

Okey, klu nak buku ni whatsapp no ni ye +6013-4335541 😎😎😎

Update Projek Gaharu 2018

0

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Apa khabar anda semua di luar sana. Lamanya saya tak menulis di blog ni kan? Hampir 4 bulan rasanya. Ye la, cepat sangat masa berlalu tak sedar pun eh dah bulan 8. Eh dah nak hbs tahun 2018. Eh eh dah nak masuk tahun 2019. Memang sangat sibuk sejak akhir-akhir ini, jadi terlupa untuk update di blog kesayangan ni. Tapi anda still boleh follow saya di facebook : Min Saad atau follow page fb : Gaharu Lestari Resources. Dekat media social lebih mudah saya nak update tapi bukan update business je tau.

Okey macam biasa, blog tempat saya nak share gambar-gambar yang ada untuk simpanan  dikemudian hari. Alhamdulilah, kilang kerjasama di shenzen telah beroperasi bermula bulan Mei 2018. Sekarang saya fokus bahagian pemasaran dan import/export bagi kerjasama ini.  Jadi jika anda memerlukan pembekal minyak gaharu berkualiti dengan kuantiti yang banyak dan konsisten, anda boleh email saya di email : edenoud@gmail.com.

Hasil pati minyak gaharu ini agak berbeza dengan yang selalu dihasilkan di Malaysia kerana kaedah yang digunakan berbeza. Selain itu spesis Gaharu yang digunakan juga berbeza. Doakan saya berjaya ya.



Syukur alhamdulilah jalan yang ada didepan mata semakin jelas. Satu persatu dilalui untuk mencapai puncak kejayaan. Tiada yang mudah kan?



Proses GMP kilang Teh Gaharu terpaksa ditunda buat sementara waktu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tapi InsyaAllah cuba diusahakan awal 2019 dah boleh beroperasi dengan GMP. Ya Allah, permudahkan lah urusan hambamu ini. Mudahkan lah kami Ya Allah.

Tiada perkara yang berjalan lancar sahaja macam yang kita mahukan. Tapi walau apa pun ujian yang berada di pertengahan perjalanan ini, yang penting cara kita menghadapinya. Perlu kuat semangat dan banyak kan berdoa. InsyaAllah, kita akan berjaya menghadapinya.



InsyaAllah semua usaha yang dicurahkan ini dapat dinikmati bersama-sama kelak.

Yang menulis setulus hati,
Aminah Saad