Gaharu di ancam Kepupusan

Labels:


Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh Convention of International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES), terdapat 20 negara yang terlibat dalam perdagangan Gaharu. Indonesia dan Malaysia merupakan pengekport terbesar bahan mentah gaharu dengan jumlah perdagangan 340 ton (Semenanjung Malaysia) dan 530 ton (Sarawak) dalam tahun 1995-1997. Namun begitu, masih terdapat perdagangan yang dijalankan secara illegal menyebabkan jumlah sebenar hasilan eksport gaharu ini tidak dapat dipastikan dengan jelas. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan perdagangan gaharu telah berlaku secara meluas di Malaysia.

Penuaian secara agresif dan tidak terkawal ini membawa kesan buruk kepada spesis Aquilaria ini. Dari sehari ke sehari, jumlah pokok karas liar semakin di ancam kepupusan. Manusia rakus mengejar ganjaran pulangan yang tinggi dari hasilan hutan itu. Tiada lagi istilah belas kasihan kepada spesis yang kian diancam kepupusan itu.

Pada tahun 1995, CITES telah menyenaraikan Aquilaria malacensis dalam kategori terkawal iaitu penuaian dan perdagangannya liar tidak boleh dilakukan dengan sesuka hati. International Union for Conservation of nature (IUCN) pada 2002 juga telah menyenaraikan beberapa spesis Aquilaria di bawah kategori Red List iaitu dalam status “ terancam” dan memerlukan perlindungan.

Di Malaysia, setiap kerajaan negeri mensyaratkan permit khas yang perlu diperolehi dari Jabatan Hutan Negeri bagi sesiapa yang terlibat dengan aktiviti penuaian dan perdagangan gaharu. Semua negeri melarang penuaian gaharu dari Taman Negara dan kawasan perlindungan hidupan liar.

Demi melindungi spesis gaharu daripada terus terancam, marilah kita sama-sama membuat penanaman pokok gaharu secara kecil-kecilan atau jika mempunyai modal yang lebih maka bolehlah membuat dengan skala yang lebih besar. Semoga industri gaharu akan terus berkembang di Malaysia dan menjadi yang terbaik di rantau ini.

Ikhlas,

Comments (0)

Post a Comment