Kursus Penanaman & Suntik Pokok Gaharu

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga anda semua dalam keadaan sihat, gembira dan positif melalui segala tugasan hakiki. Hari ni saya nak kongsikan sedikit maklumat berkenaan kursus " PENANAMAN DAN SUNTIKAN GAHARU " yang akan diadakan di Sungkai, Perak.

▶ YURAN KURSUS RM100 seorang
▶ Tarikh 23 Mac 2019
▶ Jam 9 pagi - 1 tengahari
▶ Terhad untuk 20 peserta sahaja

Lokasi :  Gaharu Lestari Resources (Felda Trolak Utara), Sungkai, Perak.

Buat pertama kali kita buat di Sungkai. Apa yang akan anda pelajari dalam kursus pada ini ?

✔ Pengenalan berkenaan Gaharu
✔Teknik dan kaedah penanaman Pokok Karas
✔Penjagaan dan pembajaan Pokok Karas
✔Kaedah usaha hasil dan inokulasi
✔Praktikal tanaman pokok Karas
✔Praktikal suntikan pokok Karas



Untuk slot suntikan pokok, kita jemput En Jama Rusli (CEO Agarwood Biotech Expert) untuk memberikan penerangan dan juga demo cara suntikan. Dan anda berpeluang untuk tanyakan pelbagai-bagai soalan yang menganggu fikiran anda selama ini.



DAFTAR SEGERA kerana tempat adalah TERHAD. Boleh whatsapp saya untuk mendaftar ya.

 +60134335541 Pn Min

Pembuka Tahun 2019- Trip Gaharu Shenzhen

0

Labels: , ,

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Wahhhh dah bersawang berhabuk dah blog saya ni. Ye lah, hampir setengah tahun tak berupdate. Mohon maaf kepada pembaca yang rajin nak membaca maklumat tetapi blog terbiar sepi tanpa coretan. InsyaAllah, saya cuba menanam keazaman untuk terus mengemaskini blog dengan lebih kerap selepas ini (jangan janji tinggal janji dah la ya...)

Hari ni saya nak update berkenaan Trip Gaharu ke Shenzhen pada 24-27 Januari 2019 yang lalu. Alhamdulilah trip berjalan lancar dan banyak ilmu-ilmu baru yang peserta perolehi. Pengalaman yang tidak dapat dijual beli. Ye la, kita selalunya tahu bahawa pasaran Gaharu ini diluar Negara tetapi kita sendiri tidak pernah tengok dengan mata kita sendiri. 

" See to believe" 

Bila dah tengok sendiri barulah lebih berkeyakinan. Barulah rasa yakin untuk meneruskan bidang Gaharu ni. Its matter of time. Buat gaharu ni kena banyak banyak bersabar. 








Sebenarnya gambar banyak sangat tapi kita upload yang ini dulu buat kenangan. Ini poasting refreshing so tak boleh tulis banyak-banyak. InsyaAllah, nanti saya akan update lag secara lebih details berkenaan trip kali ni. 

Yang rindu menulis blog dan juga rindu nak merepek, 
Puan Min