Dubai Halal Expo 2017

0

Labels: , ,

Selamat Pagi.

Dengar tak bunyi burung berkicau-kicau. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut. Dah..dah tak payah berangan. Cepat bangun tidur. Tu mesti mimpi bersantai ditepian pantai kan? Haha.

Mai nak habaq mai sikit.

InsyaAllah 18-19 September 2017 ni, GLRSB akan join Dubai Halal Expo di Roda Al-Bustan Convention Center, Dubai UAE. InsyaAllah, saya akan gunakan pengalaman-pengalaman sebelum ni untuk tambahbaik bagi exhibition kali ni.


HOFEX di Hong Kong




IFE, Canton Fair Guangzhou



 InsyaAllah, kami cuba memberikan yang terbaik untuk menjayakan exhibition kali ni. 3 exhibition yang lalu memang agak last minit. Tiada persedian yang proper. Tapi alhamdulilah kami dapat menjayakan juga.

Yang penting kita berikan komitmen yang tinggi pada setiap usaha yang kita lakukan.

Jika anda mempunyai produk Gaharu, saya ingin mengalu-alukan untuk join saya untuk program ini. Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk tiket kapal terbang, hotel dan perbelanjaan lain. Dengan yuran bayaran yang minima kami akan bantu anda untuk cuba memasarkan ke pasaran Timur Tengah. Duha akan melibatkan lebih daripada 5000 serius buyer yang melibatkan industri Halal. Ini merupakan B2B exhibition jadi sangatlah sesuai untuk kita yang mensasarkan untuk melebarkan sayap ke sana.

Jika anda berminat untuk turut serta boleh email kepada saya : gaharulestary@gmail.com dengan SUBJECT : DUHA 2017.

Nama :
Syarikat :
Produk :

Okey, rasanya sampai sini dahulu coretan saya. Semoga segala yang kita usahakan ini akan membuahkan hasil.

Salam Sayang,
Puan Aminah Saad

Gaharu Lestari di Perdana Jurnal TV1

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Sarapan apa tu? Jangan skip sarapan tau nanti jadi lemah longlai nak kerja pun tak bersemangat. Saya memang jenis heavy punya breakfast. Kalau tak makan, memang mood ke laut. Haha. Muka monyok macam hape. Kalau puasa elok pun muka ceria je. Tu lah power nya niat tu. Kalau kita niat baik pun Allah akan mudahkan InsyaAllah.

Saja nak share sikit berkenaan shooting bersama pihak Jakim RTM baru-baru ni. Kebetulan waktu husband pergi kenduri kawin terjumpa la crew Jakim RTM ni. Sembang punya sembang termasuk la bab Gaharu, last-last dia cakap nak shooting sikit dekat GLRSB untuk tajuk Wangian Sunnah. Yang mana kita tahu Gaharu ni antara bauan yang paling disukai oleh Nabi Muhammad SAW.





Di sebabkan agak ad-hoc persedian daripada pihak GLRSB pun agak simple. Kami pun buat sekadarnya. Dan crew yang datang pun sempoi jadi urusan pun berjalan lancar dan mudah. Tak banyak kerenah orang cakap. 





First ditayangkan 26 Julai 2017 yang lulu di RTM TV1 pada pukul 6 petang dalam Rancangan Jurnal Perdana. Mungkin dia ada buat ulangan juga kot. Sebab ada je yang contact lagi cakap tengok daripada Rancangan Jurnal Perdana. Apa pun, terima kasih sangat-sangat kerana memberi peluang kepada GLRSB untuk muncul di TV. InsyaAllah lepas ni mungkin lebih banyak peluang yang hadir.  Allah bantu sedikit demi sedikit. 

Syukur padamu Ya Allah atas nikmat yang diberikan. 

Oud Perfume Adam & Hawa

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum saya sambung entri jalan-jalan, saya nak update sikit berkenaan produk terbaru lestarybrand ni. Serius memang saya terlupa nak update dekat blog. Saya just update dekat facebook dan juga page. Produk ini kita keluarkan sebulan sebelum bulan Ramadhan yang lalu. Alhamduilah sambutan sangat sangat luar biasa. Tambahan nak Raya, ramai yang nak wangi-wangi dari pagi sampai petang untuk beraya bersama keluarga dan sanak-saudara tercinta. So ramai yang beli untuk diri sendiri, tak kurang juga yang beli untuk dihadiahkan buat ahli keluarga. 

Oud Perfume ini kami namakan Adam & Hawa. 

Untuk kaum lelaki (Adam) dan untuk kaum Wanita (Hawa). Memang sesuai sangat kan memandangkan ini antara produk pioner kami dalam bidang perfumery. Bau yang lebih modern bersesuaian dengan pengguna di Malaysia.




Di datangkan dalam pek kecil molek 10ml (spray)
Harga Runcit : RM 30
Nak dapatkan harga yang lebih murah sila jadi Agen #lestarybrand ye :)


Syukur Alhamdulilah Adam & Hawa mendapat perhatian ramai. Ada yang cakap bauan tahan lama betul, dari pagi pergi kerja balik selalu dah busuk-busuk tapi dengan Adam& Hawa bau masih maintain wangi. Balik nak terus cium isteri pun boleh ye, tak delah bau masyam kan :)



Di sebabkan Adam&Hawa kecik molek so memang selalulah mengikut saya ke mana saja. Letak je dalam handbag dan boleh bawa ke mana saja. Di sebabkan saya suka bauan yang lebih feminin tentulah Hawa akan menjadi pilihan kan? Hawa ni dah ikut saya ke Japan, Hong Kong, China dan bulan depan mungkin la mengekor sekali pergi ke Dubai. En Husband pun tak dapat ikut ke mana-mana saya pergi. Tapi En Husband sentiasa terpahat kukuh di hati. Hehe. 


Bestkan orang Malaysia dapat beli oud perfume pada harga RM 30 sahaja sebotol


Dan nak tambah rencah betapa bestnya beli Adam&Hawa sekarang, setiap pembelian 1 botol '(RM 30)  anda berpeluang menang wang tunai bernilai RM 100 (cabutan setiap 2 minggu di Page Lestarybrand HQ) dan juga hujung tahun ni kita ada cabutan untuk 2 tiket percutian ke Krabi. Wow mana nak dapat kan?? Dah le dapat wangian gaharu yang sangatlah mampu milik, ada peluang nak dapat cash dan percutian lagi. 

Tapi yang nak beli produk-produk lestary yang lain pun jangan risau ok, boleh juga berpeluang dapat kupon untuk cabutan ni. Best kan? Kalau best apa lagi boleh la beli produk lestary brand daripada agen/stokis kami atau boleh beli dekat website. 



Okey rasanya sampai sini dulu entri produk kali ni. Boleh follow kami di Page Gaharu Lestari Resources untuk dapatkan info-info terbaru aktiviti syarikat dan juga Page Lestarybrand HQ untuk maklumat produk dan juga promosi-promosi yang dijalankan. 

Ikhlas Menulis,
Puan Aminah Saad

Gaharu Lestari Go Global - Hainan

0

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca yang dirindui,

Lama betul saya tak update posting di blog. Saya rindu nak tulis dekat blog. Tapi sebab ada masalah dengan email saya jadi tak boleh nak login dan menulis di blogger. Alhamdulilah masalah dah selesai. Jadi hari ni boleh spend masa lebih sikit menulis di blog. Kot-kot lah ada yang rindu nak baca coretan saya di blog ni. Kalau tak ada yang nak baca pun, saya tak kisah pun. Haha.

Di sebabkan dah lama tak update jadi saya update secara borong terus. Aci lah kan? Nak tulis posting satu-satu maleh la pulak. Lagipun nanti banyak-banyak posting bukan korang baca pun kan. Orang cakap orang Malaysia ni malas membaca..Eh ye ke? Saya rajin apa. Hehe.

Beberapa bulan kebelakangan ini, GLRSB banyak menyertai program-program di Luar Negara bagi mempromosikan produk-produk Gaharu keluaran GLRSB. Ye la kan, dah ada peluang dan ruang apa lagi kita ambil je lah. So selepas ke Chiba, Jepun tempoh hari pada bulan Mei kami ke Hong Kong dan bulan June ke Guangzhou. Dan yang terbaru kami baru pulang daripada Haikou, Hainan. Macam best kan orang tengok jalan sana sini, tapi uttt penat sangat-sangat. Muka mesti maintain cool je kan?

Doakan segala usaha kami membuahkan hasil.



Uishh gemook sungguh. Dah bertahun berazam bertekad tapi misi yang satu ni belum lagi berhasil

  Kerjasama dengan Team Agarwood Biotech Expert untuk projek Inokulasi di Haikou, Hainan



Nanti saya sambung entri ni. Maleh beno nak cari gambar-gambar yang best untuk upload kat sini. Rasanya tak boleh kot buat entri borong sebab banyak sangat nak update. Gila tamak entri kan bila dah berzaman tak update. 

Haha (Gelak tamak)