Kerjasama Gaharu Lestari Resources dan Agarwood Biotech Expert (IGB)

0

Labels: , , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga dalam keadaan sihat sejahtera disamping menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Untuk pengetahuan semua, pihak Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd dan Agarwood Biotech Expert (IGB) telah bersetuju untuk menjalankan kerjasama suntikan menggunakan inokulan IGB. Alhamdulilah ini merupakan salah satu usaha bagi tujuan menghasilkan Pati Minyak Gaharu (PMG) berkualiti tinggi, standard dan dihasilkan secara konsisten. Hal ini adalah sangat penting bagi membolehkan kita menembusi pasaran di Timur Tengah & Eropah. Kebolehan dan kapasiti yang konsisten adalah antara faktor penting yang perlu dititikberatkan.

Alhamdulilah pada 18 Jun 2016 yang lalu, projek pertama kerjasama GLR & IGB telah bermula di Batang Kali. Segala urusan berjalan lancar walaupun para krew suntik juga sedang berpuasa. Moga dengan keberkatan Ramadhan ini, kerjasama ini akan berkekalan dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Mulai saat ini segala urusan suntikan dengan GLR akan menggunakan IGB & Team Agarwood Biotech Expert kecuali suntikan-suntikan terdahulu yang telah kami lakukan sendiri menggunakan Super Max-G. Suntikan yang terdahulu InshaAllah akan kami tuai dan maklumkan kepada penanam tarikhnya.


Saya memang semakin "kurus". Sejak kawin bertmbh-tmbh mkn nasi :P

Tujuan utama gabungan GLR & IGB adalah bagi memaksimakan kerja yang dilakukan. Memandangkan skop yang terlalu banyak dilakukan oleh GLR sebelum ini maka kami terpaksa menunda banyak appoinment dan kerja-kerja suntikan. Kini, kami memandang lebih jauh dan telah berbincang secara lebih lanjut dengan pengasas IGB iaitu En Jama Rusli agar kerjasama ini dapat dilakukan. Pada pandangan saya ia akan menguntungkan kedua-dua belah pihak, malah pihak ketiga iaitu penanam pokok juga akan mendapat manfaat yang banyak. InshaAllah urusan suntikan selepas ini akan menjadi lebih mudah dan yang penting mampu suntik pada harga yang sangat-sangat berpatutan.

Kami juga bersama-sama dengan team R&D yang kuat bagi menyokong segala hasil Pati Minyak Gaharu yang akan kami hasilkan kelak. Kelebihan ini memberikan lebih keyakinan kepada pembeli bahawa PMG yang dihasilkan adalah pada aras tinggi yang tidak perlu diragui dan juga stok kayu yang banyak membolehkan ia diproses secara konsisten. Inilah yang industri perlukan dalam menaikkan industri Gaharu Malaysia ke peringkat lebih tinggi. Ia adalah satu situasi menang-menang bagi semua pihak.

Credit gambar : FB Inokulan Gaharu Biotech


Kualiti Pati Minyak Gaharu (PMG) yang disuntik menggunakan IGB. Berwarna hijau dengan bau yang sangat sedap. Credit gambar : FB Inokulan Gaharu Biotech


Saya berdoa agar kerjasama ini membuahkan hasil bagi setiap pihak yang terlibat. Jika ada yang beranggapan ia adalah langkah yang tidak bijak, itu terpulang kepada anda. Kami berusaha untuk menyampaikan yang terbaik. Saya yakin ini ilham daripada Allah SWT untuk kami di GLR terus berkembang dan bersinar.

Credit gambar : FB Inokulan Gaharu Biotech



Yang Menulis,
Puan Aminah Saad
Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd

Agarwood Fragrance Pouch - Coming Soon

0

Labels:


Salam Ramadhan Kareem

0

Labels:


Gaharu Lestai Resources Sdn Bhd mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia. Semoga semua umat Islam dapat menunaikan kewajipan ini dengan sebaiknya. Memperbanyakkan ibadah dan juga bersedekah bersempena bulan yang sangat mulia ini.

Salam Ramadhan,
Puan Aminah & Suami
Warga GLR