Diagnosis Pokok

0

Labels:

Assalamualaikum semua,


Sekadar berkongsi sedikit infomasi berkenaan langkah mendiagnosis pokok.Artikel yang saya ambil daripada blog yang menulis tentang buku "Dr Pokok- Kit Diagnostik Masalah Pokok Buah-buahan"(link credit dibawah) .Semoga dapat menjadi panduan kepada semua :)




LANGKAH-LANGKAH MENDIAGNOS TUMBUHAN :-
* Langkah-langkah mendiagnos kekurangan/berlebihan nutrien dan perosak adalah dengan meneliti tanaman tersebut diladang/lapangan dan dimakmal.

* Mendiagnos Kekurangan Nutrien.

Pada satu-satu pokok proses mendiagnos dimulakan dengan meneliti kedudukan sesuatu simptom yang terjadi, samada pada daun muda, tua atau menyeluruh, kemudian perubahan warna, klorosis, nekrosis, kelayuan, kematian, dan kedudukan simptom dipermukaan daun akan digunakan untuk mengenalpasti nutrien yang kekurangan.

* Kaedah diagnosis amat penting kerana ianya boleh membantu mempercepatkan proses mengenalpasti kekurangan nutrien berbanding kaedah analisis kimia.

* MENDIAGNOS SERANGAN SERANGGA.

Untuk mendiagnos serangan serangga, pengamatan perlu dilakukan pada bahagian daun, batang, bunga dan akar. Kategori yang dipertimbangkan adalah, pertumbuhan terbantut, bunga/buah gugur, akar pecah, reput dan berpuru.

* - SIMPTOM PERTUMBUHAN TANAMAN

1. Kekurangan Air - Daun menjadi layu, warnanya menjadi pudar, kehijauannya akan hilang. Bunga dan putik gugur. Tumbesaran terbantut. Daun akan bertukar menjadi perang dan akhirnya potok akan mati.

2. Berlebihan Air - Pembentukan akar terencat,kerana kekurangan udara dalam tanah. Sistem akar hanya pada bahagian permukaan tanah, manakala akar rerambut akan mati. Daun menjadi kuning





3. Kekurangan Nutrien - Nutrien makro bagi tumbuhan adalah nitrogen, phosfat, kalsium, magnesium dan sulfur. Kekurangan nitrogen menyebabkan potok terbantut. Kekurangan kalium menyebabkan pokok tidak tahan serangan penyakit, menyebabkan sisi daun biasanya melecur yang akan menjejaskan pembungaan dan pembentukan buah. Kekurangan kalsium menyebabkan pertumbuhan pucuk terbantut dan mati. Kekurangan magnesium daun-daun muda menjadi layu dan gugur.


4. Nutrien MIKRO - Terdiri dari Mangan, Besi, Molidenum dan Boron. Kekurangannya menyebabkan urat-urat daun melecur

5. Kekurangan Bahan Organik - Tanah yang baik mempunyai bahan organik yang mencukupi serta boleh bertindak menjadi pemangkin pengudaraan dan penyimpanan air serta nutrien tanah.
Kekurangan organik menjadi penyebab kesuburan tumbuhan terencat




* INFO KANDUNGAN PELENGKAP

1. Nitrogen ( N) - Kandungan penting klorofil, protoplasma, protein dan asid nuklik
2. Posforus ( P ) - Menyimpan dan menggerakkan tenaga tanaman
3. Kalium ( K ) - Penggalak enzim dan menahan pokok daripada serangan penyakit
4. Magnesium ( Mg ) - Kandungan molekul klorofil dan penting untuk fotosintisis
5. Kalsium ( Ca ) - Penting untuk struktur dan ketelapan dinding sel tambuhan
6. Sulfur ( S ) - Kandungan asid sulfur
7. Klorin ( CI ) - Agen osmotik
8. Ferum ( Fe ) - Penting bagi enzim untuk pembentukan klorofil
9. Boron ( B ) - Penting untuk pembentukan sel-sel baru dibahagian pucuk
10. Mangan ( Mn ) - Terlibat dalam fotosintisis, merangsang enzim metabolisma N dan pembentukan 
klorofil
11. Zink ( Zn ) - Penting bagi protien untuk pembentukan hormon
12. Kuprum ( Cu ) - Kandungan cytochrome oxidase dan kebanyakan enzim
13. Moledenum ( Mo ) - Penting bagi peningkatan N

SIMPTOM SERANGAN VIRUS

KLOROSIS - Warna hijau daun bertukar pucat dan kuning disebabkan serangan virus kulat, bakteria, 
nematod atau kekurangan zat. Simptom, puru akar, bintik cecincin , greening limau 

NEKROSIS - Adalah sel dan tisu bahagian tanaman yang diserang virus atau serangga menjadi 
perang atau hitam. Contoh penyakit. Bintek Sigatoka. Bintek Cardona , Rintik 
Phomopsis, Antraknos, bengkak cerana.


Source: http://ms.shvoong.com/books/dictionary/1984488-dr-pokok-kit-diagnostik-masalah/#ixzz1l9jwFYoP

Tahan Lasak

0

Labels:


Pokok gaharu merupakan satu pokok yang tahan lasak, ia mampu hidup dalam keadaan yang ektrim. Tetapi tidak dapat di nafikan ada juga yang mati kerana tidak mampu beradaptasi dengan keadaan sekeliling. Kematian anak pokok yang ditanam diladang mungkin berpunca apabila proses hardening tidak dilakukan. Jadi sesetengah pokok yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan akan mati.

Gambar di atas menunjukkan pokok gaharu yang mampu hidup walaupun keadaan yang sangat panas dan juga tanah yang sangat compact. Ini menunjukkan bahawa gaharu merupakan spesis yang tahan lasak. Namun begitu, dalam konteks perladangan yang mementingkan hasil pengeluaran dan pulangannya kelak, pastilah pembesaran yang terbaik yang kita mahukan. Kita tidak perlu untuk uji pokok gaharu yang kita tanam tersebut tahan lasak atau tak kecualilah kita sedang buat kajian. Keadaan ekstrim mungkin masih membolehkan pokok gaharu hidup namun kesannya ialah pertumbuhan yang terbantut dan batang yang kecik.

Jika pertumbuhan baik maka kita pun bolehlah menuai hasilnya lebih cepat :)

Pada pendapat saya, faktor terpenting dalam perladangan karas ialah pembangunan ladang yang baik diikuti dengan pembentukan teras oleh suntikan inokulan. Gabungan keduanya menghasilkan produk gaharu yang berkualiti dan mampu meningkatkan pulangannya kelak :)

Jika ladang baik + suntikan yang baik = $$$$$

Yang pastinya penanaman gaharu sangat penting dimulakan dari sekarang. Jangan sampai satu tahap apabila pokok liar sudah pupus, kita hanya termangu dan tidak dapat berbuat apa-apa. Mulakan tanaman gaharu anda sekurang-kurangnya disekitar rumah anda :)


" Start something is always BETTER than not start at all "




Ikhlas,
Aminah Saad

****************************************************************************************
Tarikh : 25 Februari 2012
Masa : 8 pagi - 5.30 petang
Tempat : Auditorium 2, UITM Jengka, Pahang
Yuran : RM 250
Hubungi : Pn Nazariah (019-9963397)

*Pembayaran boleh dibuat kepada Nazariah Zainal Abidin - Maybank (151306735784) / CIMB (14300073652520)
* Atau atas nama syarikat : Gaharu Lestari Resources (1-00-5511-00005525-8) - Agrobank
*Kepada peserta yang jauh, kami boleh menguruskan penginapan anda mengikut jenis penginapan yang ada (sewa penginapan tidak termasuk dalam kadar yuran yang dikenakan).
*Untuk peserta yang telah mendaftar, jika anda ingin membatalkan penyertaan, anda boleh refund yuran yang telah dibayar jika pembatalan dibuat 10 hari sebelum tarikh kursus.

******************************************************************************************


Ulat Pengorek Batang

0

Labels:

Ulat pengorek batang bukan hanya menyerang pokok gaharu sebaliknya dalam pelbagai tanaman pertanian juga, ia adalah antara musuh yang sering muncul. Ulat pengorek batang ini boleh dikawal dengan menggunakan kawalan kimia dan juga kawalan biologi ( secara semulajadi). Ada beberapa jenis ulat pengorek batang, namun saya juga kurang pasti jenis ulat pengorek batang yang menyerang pokok gaharu.

Kehadiran ulat pengorek batang ini pada pokok gaharu liar ( sudah besar) tidak perlu dirisaukan malahan ia memberikan kesan positif iaitu dapat membantu proses pembentukan gaharu pada masa akan datang. Namun begitu, jika serangan ulat pengorek batang ini berlaku pada awal penanaman pokok gaharu ( sekitar usia 1-5 tahun), adalah lebih baik ia diambil perhatian serius. Ini kerana ia boleh menyebabkan batang patah kerana ia telah memakan tisu-tisu dalaman pokok.

Kaedah mengatasi yang dicadangkan bagi mengatasi masalah serangan ulat pengorek batang ini ialah pengunaan furadan. Manakala bagi kaedah semulajadi beberapa musuh semulajadi ulat pengorek batang ini ialah Trathala spp., Trichogramma spp., Appanteles spp., Bracon spp., dan Sturmiopsia yang akan menyerang telur-telur serangga perosak ini. Juga terdapat pemangsa-pemangsa seperti semut, burung, katak, pepatong, labah-labah dan kumbang yang akan menyerang telur ulat pengorek batang. Walaubagaimanapun aplikasinya secara meluas masih memerlukan kajian terperinci. Penggunaan bahan kimia adalah lebih mudah namun pastikan penggunaannya terkawal (mengikut sukatan yang ditentukan) agar tidak meninggalkan kesan residual yang mungkin menganggu hasil gaharu kelak.


Bracon spp

 Appanteles spp




Trathala spp


*********************************************************************
JANGAN LUPA KURSUS GAHARU KAMI !!


Tarikh : 25 Februari 2012
Masa : 8-5.30petang
Tempat : Auditorium 2, UITM Jengka, Pahang
Yuran : RM 250
Hubungi : Puan Nazariah ( 019-9963397)



*Pembayaran boleh dibuat kepada Nazariah Zainal Abidin - Maybank (151306735784) / CIMB (14300073652520)
*Kepada peserta yang jauh, kami boleh menguruskan penginapan anda mengikut jenis penginapan yang ada.
*Untuk peserta yang telah mendaftar, jika anda ingin membatalkan penyertaan, anda boleh refund yuran yang telah dibayar jika pembatalan dibuat 10 hari sebelum tarikh kursus.

**************************************************************************************************************


Ikhlas,
Aminah Saad

Update Kursus Gaharu 2012

0

Labels:



Maklumat Kursus Gaharu

Tarikh : 25 Februari 2012
Masa : 8pg - 5.30 ptg
Tempat : Auditorium 2, UITM Jengka, Pahang
Yuran : RM 250.00
Sijil + Bahan kursus + Makanan disediakan

Anda sesuai untuk menyertai kursus ini jika ANDA....

1) Masih zero tentang gaharu tetapi berminat untuk terlibat dengan perladangan gaharu.
2) Sudah mengetahui dan menanam gaharu tetapi tidak pernah menghadiri kursus
3) Ingin membuat kajian berkenaan gaharu tetapi kurang pengetahuan asas gaharu
4) Ingin membina jaringan perniagaan dan berkenalan dengan orang-orang yang terlibat dalam industri ini
5) Mencari ilmu baru dan cintakan majlis ilmu :)

Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada aspek perladangan, inokulasi dan pemasaran. Kiranya, langkah demi langkah daripada awal sehingga akhir. Kepada yang berminat untuk menyertai kursus ini, anda dikehendaki menghubungi atau SMS Puan Nazariah Zainal Abidin (019-9963397) selaku pengurus program untuk membuat pendaftaran.

********************************************************

*Pembayaran boleh dibuat kepada Nazariah Zainal Abidin - Maybank (151306735784) / CIMB (14300073652520)
*Kepada peserta yang jauh, kami boleh menguruskan penginapan anda mengikut jenis penginapan yang ada ( sewa penginapan tidak termasuk dalam kadar yuran yang dikenakan)
*Untuk peserta yang telah mendaftar, jika anda ingin membatalkan penyertaan, anda boleh refund yuran yang telah dibayar jika pembatalan dibuat 10 hari sebelum tarikh kursus.


********************************************************

Ikhlas,
Aminah Saad

Update

1

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua,

Semoga sihat dan dapat menjalani hidup dengan baik. Kepada yang sedang bekerja, kerja rajin-rajin. Kepada yang turun ke ladang, uruslah ladang anda dengan baik. Sekadar perkongsian ringkas di pagi rabu ini. Ucapan terima kasih kepada Mr Tee, Mr Leng dan juga En Rahman atas kesudian menjayakan kajiselidik saya pada 7 & 8 Januari yang lalu.

7 Januari 2012


Bersama Mr Tee 
Lokasi : Perak

Terima kasih yang tidak terhingga buat Mr Leng berserta bekalan buah-buahan dari kebunnya :)

8 Januari 2012

Perkongsian oleh En Rahman daripada Gaharu Embun bertempat di Jerantut Pahang.




Sekadar perkongsian ringkas :)

Terima kasih semua !!


Ikhlas,
Aminah Saad

Pertumbuhan Pokok Karas

0

Labels:


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.

Semoga sihat dan dapat menjalani hidup dengan baik. Masa berlalu dengan begitu cepat, dan entri saya pada hari ini merupakan entri yang ke-100 sejak gaharuinfo wujud. Walaupun bukanlah semua entri yang ditulis berkaitan gaharu, namun kebanyakkannya ada menyentuh berkenaan pokok gaharu ini.

Di Malaysia, terdapat ramai penanam gaharu sama ada yang menanam secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Ada yang menanam spesis A, spesis B, spesis C dan sebagainya. Semuanya terpulang kepada kecenderungan masing-masing dan sumber maklumat yang diperolehi. Walau spesis apa pun yang anda tanam, setiap satunya pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Macam manusia juga, tiada yang sempurna. Ada yang membesar dengan persekitaran yang baik dan cukup segala segi, manakala  ada juga yang  membesar dikawasan yang miskin dan kebuluran. Output bagi keduanya pasti berbeza, yang membesar dalam persekitaran yang susah pasti mempunyai kekuatan menghadapi cabaran yang lebih tinggi.


Begitu juga dengan pokok gaharu. Terdapat pelbagai spesis dengan ciri-ciri tersendiri. Sukar untuk kita sendiri menentukan spesis manakah yang terbaik. Pertumbuhan yang baik pasti menjadi salah satu ukuran kepada penentuan spesis yang baik. Namun begitu, secara keseluruhannya pertumbuhan pokok bergantung kepada 2 faktor utama iaitu genetik pokok dan juga persekitaran pertumbuhannya. Kita boleh mengetahui faktor awalan kesesuaian pokok terhadap kawasan yang bakal diduduki berdasarkan taburan semulajadi spesis tersebut.



TABURAN
A.malaccencis - Di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak kecuali Kedah dan Perlis
A.microcarpa - Johor dan kawasan bakau
A.beccariana - Kebanyakkan tumbuh di bahagian Selatan ( Johor)
A.hirta - Sepanjang pantai timur. Terengganu, Pahang dan Johor
A.rostrata - Pahang ( Gunung Tahan)

Jika kita lihat kepada salah satu spesis yang mungkin telah pupus (pendapat sesetengah pihak) iaitu Aquilaria rostrata. Jika dilihat kepada taburan semulajadinya, ia merupakan spesis yang hidup diatas gunung. Walaupun pokoknya tidaklah besar, namun kualiti gaharu yang dihasilkan sangatlah dicari-cari. Disebabkan penyesuaiannya yang begitu, ia tidak sesuai ditanam di kawasan rendah. Jadi kita tidak akan dapat melihat penanaman secara perladangan dilakukan menggunakan spesis ini. Kecualilah jika anda ingin membuat ladang gaharu dikawasan tempat tinggi. :P


Namun begitu, jika diteliti spesis yang paling banyak ditanam secara perladangan ialah spesis sub-integra dan sinensis yang juga bukan habitat semulajadinya di Malaysia. Sub-integra berasal daripada Thailand manakala sinensis didapati di China namun ramai pihak yang menanam spesis ini mendapati pertumbuhan bagi spesis ini sangat menggalakkan berbanding spesis-spesis yang lain. Seperti yang saya nyatakan diawal entri ini setiap spesis pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Berdasarkan ranking, A.sinensis merupakan spesis ke-16. Sesetengah pihak menyatakan A.sinensis hanya bersesuaian bagi tujuan pembuatan teh sahaja atau mungkin untuk kayu racik bagi menghasilkan minyak. Kita masih baru dengan spesis ini jadi kita perlu tunggu hasilnya daripada perladangan yang telah dibangunkan. 

Bagi sub-integra pula, promosi yang melampau pihak Thailand menjadikan kita lebih familiar dengan spesis ini. Saya sendiri juga memilih untuk menanam spesis ini diawal penglibatan. Kurangnya maklumat dari tanah air sendiri mungkin menjadi punca kita merujuk kepada Negara-negara jiran yang dianggap lebih maju dan kehadapan dalam bidang ini. Namun, perladangan bagi spesis sub-integra telah terbukti berjaya di Thailand. Dan mungkin 2,3 tahun akan datang kita akan melihat hasil-hasil daripada perladangan di Malaysia.
Bagi spesis malaccencis iaitu spesis tempatan yang paling luas taburannya di Malaysia, ramai pihak yang mendakwa pertumbuhan bagi spesis ini amatlah perlahan dibandingkan dengan spesis lain. Namun jika kita merujuk kepada ranking bagi gaharu, spesis malaccencis merupakan spesis no.1 menewaskan sub-integra di tangga kedua. Lagi susah untuk didapati lagilah berharga sesuatu benda tersebut kan??

Apapun, setiap satunya Allah jadikan dengan keistimewaan tersendiri. Terpulang kepada kita untuk memilih. Masih banyak rahsia yang tersembunyi disebalik pokok gaharu ini. Semakin kita mengkaji semakin banyak yang kita tidak tahu. Apa kata anda kongsikan pendapat dan pengalaman anda :)

"Sudah Gaharu Cendana Pula..."

Akhir kata, jangan berputus asa. Kejayaan pasti akan tiba juga :)

Ikhlas,
Aminah Saad

Pemilihan Anak Pokok

0

Labels:

Pemilihan anak pokok yang baik merupakan antara perkara terpenting sebelum anda mula untuk menanam. Tanpa anak benih yang berkualiti, pelaburan yang anda sumbangkan bagi tujuan ini mungkin menghadapi kerugiaan yang tinggi. Anak benih yang berkualiti dapat menghasilkan hasil yang berkualiti kelak. Walaupun dalam industri gaharu, diameter pokok bukanlah menjadi ukuran utama jika dibandingkan dengan pokok-pokok untuk tujuan pembalakan. Namun begitu, jika pokok dapat membesar dengan baik dan cepat, masa untuk dituai juga dapat dipendekkan.


Selalunya, itulah yang diingini oleh kebanyakkan penanam.

Cepat tanam, cepat tuai, cepat dapat hasil :)

Melihat pertumbuhan pokok yang baik juga pasti memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga kepada penanam.

Namun begitu, jika di peringkat awal lagi kita telah memilih sumber anak pokok yang tidak berkualiti, pasti kita juga terpaksa menunggu lama apabila pertumbuhan pokok terbantut, kos-kos yang lain juga pasti meningkat. Mungkin kadar pembajaan dan kekerapannya perlu ditingkatkan bagi membantu proses pemulihan pokok. Jika tidak bernasib baik, pokok yang terbantut ini tidak dapat dipulihkan.

Pokok gaharu memang kita sedia maklum merupakan satu pokok yang tahan lasak. Ia mampu untuk hidup pada keadaan yang ekstrim (kecualilah banjir) namun begitu pertumbuhannya mungkin menjadi sangat perlahan. Takkan la kita mahu amalkan konsep tanam dan tinggal. Membiarkan pokok yang kita tanam ini seperti habitat semulajadinya yang tidak dipantau orang. Keadaan ini berbeza, didalam hutan keadaannya pasti telah sesuai dengan persekitaran yang telah Tuhan ciptakan untuk kehidupannya.Jika anda masih ingin amalkan konsep tanam dan tinggal sudah tentu boleh, tapi mungkin selepas 3,4 tahun pokok masih lagi macam pada permulaan kita tanam. Jangan salahkan sesiapa pula nanti :)

Apabila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam industri ini, mungkin anda perlu pertimbangkan hal-hal berikut :-

1) Spesis yang ingin ditanam
Ini terpulang kepada tujuan penanaman anda. Mungkin ingin bagi tujuan pembentukan teras, kayu racik untuk penyulingan minyak, daun untuk pembuatan teh, atau hanya untuk tujuan landskap.

Anda juga perlu merujuk habitat asal spesis yang ingin anda tanam. Adakah ia bersesuain dengan kawasan untuk anda tanam tersebut.

Kadar pertumbuhan, ketahanan lasak dan kualiti hasil yang akan diperolehi kelak juga perlu anda titik beratkan dalam menentukan spesis yang ingin anda pilih :)

2) Anak pokok yang berkualiti
Apabila anda telah membuat keputusan spesis yang bersesuaian bagi tujuan anda, maka anda perlulah mencari sumber2 anak pokok yang diyakini. Pembekal bibit gaharu di Malaysia ini sungguh ramai. Terpulang kepada anda untuk membuat pilihan berdasarkan kriteria yang anda tetapkan.

Mungkin ada yang mahukan anak pokok yang murah, tinggi, nmpk pertumbuhan yang baik atau apa2 kriteria yang telah anda tetapkan. Namun begitu, jika anda boleh jadikan beberapa tip ini sebelum anda membuat pembelian mungkin dapat mengelakkan sedikit kesalahan memilih anak pokok yang tidak berkualiti

i) Daun yang hijau dan banyak ( tidaklah hanya sehelai dua apabila sampai ditapak penanaman)
ii) Pastikan ketinggian pokok bersuaian dengan polibeg yang digunakan. Jika anak pokok sudah setinggi 4-6 kaki contohnya, tetapi hanya menggunakan polibeg yang kecil mungkin ia kelak menghadapi masalah penyebaran akar (akar bersimpul).
iii) Tanah dalam polibeg, elakkan tanah yang sangat keras digunakan bagi tujuan semaian anak pokok dalam polibeg.

Ok itu saja, semoga berjumpa lagi.

p/s : Terima kasih kepada Mr Leng dan Mr Tee atas kerjasama untuk kajian phd saya. Sy akan update pada posting akan datang.

p/p/s : wah, ini posting pertama saya untuk tahun 2012 :)


Ikhlas,
Aminah Saad