Monday, January 16, 2012
6:39 PM
Posted by
Aminah Saad
Labels:
Kajian PHD
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua,
Semoga sihat dan dapat menjalani hidup dengan baik. Kepada yang sedang bekerja, kerja rajin-rajin. Kepada yang turun ke ladang, uruslah ladang anda dengan baik. Sekadar perkongsian ringkas di pagi rabu ini. Ucapan terima kasih kepada Mr Tee, Mr Leng dan juga En Rahman atas kesudian menjayakan kajiselidik saya pada 7 & 8 Januari yang lalu.
7 Januari 2012
Bersama Mr Tee
Lokasi : Perak
Terima kasih yang tidak terhingga buat Mr Leng berserta bekalan buah-buahan dari kebunnya :)
8 Januari 2012
Perkongsian oleh En Rahman daripada
Gaharu Embun bertempat di Jerantut Pahang.
Sekadar perkongsian ringkas :)
Terima kasih semua !!
Ikhlas,
Aminah Saad
Saturday, December 31, 2011
10:32 PM
Posted by
Aminah Saad
Labels:
Kajian PHD
Assalamualaikum semua,
31 Disember 2011
Penghujung 2011 yang lepas, saya tutup dengan lawatan sempena kajiselidik yang saya jalankan ke tempat penanam gaharu di Selangor. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Zainal dan En Zaini yang sudi meluangkan masa bagi menjayakan kajiselidik ini. Semoga ia memberikan manfaat untuk generasi akan datang dan juga kepada pembangunan industri gaharu khasnya :)
Bersama dengan En Zainal dan isteri di Kg Sg Serdang, Klang
Bersama dengan En Zaini (kiri) dan juga sahabatnya di Pekan Meru
Banyak ilmu pengetahuan yang dikongsikan apabila berjumpa dengan orang-orang yang sudah berpengalaman ni. InsyaAllah, dari masa ke semasa saya akan kongsikan ilmu-ilmu baru ini buat pembaca sekalian juga :)
1 Januari 2012
Perjalanan saya bersambung pada 1 Januari 2012 dengan lawatan ke Rawang berjumpa dengan En Mustafa Sareh yang juga merupakan pemilik syarikat
Arowana Gold. Tanaman gaharu yang diusahakan adalah disekeliling kawasan kolam ikan arowannya. Sungguh menarik kn?? Terima kasih yang tidak terhingga kerana dapat meluangkan masa untuk kajiselidik ini walaupun orang lain sibuk menyambut sambutan Tahun Baru 2012 :)
Pokok gaharu yang ditanam pada awal 2011
En Mustafa bersama isteri dan anak :)
Saya berharap agar perhubungan yang terjalin berterusan dalam perniagaan gaharu yang sedang dijalankan ini juga. Semoga dengan kerjasama yang terjalin dapat menyumbangkan sesuatu kepada industri gaharu kita.
p/s : Minggu ini beberapa temujanji lagi sedang diatur dan diharap semuanya berjalan lancar.
Ikhlas,
Aminah Saad
Friday, December 30, 2011
5:58 AM
Posted by
Aminah Saad
Labels:
Kajian PHD
Assalamualaikum dan Selamat Malam,
Kepada penanam-penanam Gaharu di sekitar Selangor saya memerlukan penglibatan anda dalam kajiselidik awalan yang sedang saya lakukan. Saya berharap agar anda dapat membantu saya bagi menyelesaikan tugasan ini. Semoga ini merupakan satu permulaan yang baik untuk kita berkenal-kenalan sesama pihak yang terlibat dalam industri ini.
Semoga kajian ini akan memberikan satu kebaikan untuk semua yang terlibat dan bakal-bakal penanam pada masa akan datang.
Terima kasih semua !!