KAEDAH JUAL BELI TERAS GAHARU (GAHARU CHIP) - BAHAGIAN 1

0

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua, 

Ni dah tahap bukan bersawang lagi dah tapi dah jadi blog hantu dah ni. Haha. So hari ni saya ingin berkongsi dengan pembaca semua berkenaan Kaedah Jual Beli Teras Gaharu. Ramai yang masih keliru dengan urusniaga berkaitan teras gaharu. Bagaimana meletakkan harga gaharu yang bersesuaian dengan kualiti yang ditawarkan. 


Walaupun terdapat standard yang dikeluarkan oleh pihak berautoriti namun begitu ia tidak digunakan secara meluas oleh pengusaha Gaharu di Malaysia. Maka jual beli teras gaharu ini masih berterusan menggunakan konsep “ suka sama suka”. 

Jika pembeli suka dan setuju dengan harga yang ditawarkan maka urusniaga tersebut boleh dilaksanakan. Jika tidak maka setakat itu sahaja. Tak perlu kecik hati jika pembeli tidak bersetuju dengan harga yang kita tawarkan, pembeli pula tak perlu marah jika penjual tidak dapat memberikan harga yang anda inginkan. 

Bagi pemain baru, konsep ini memang agak sukar untuk diikuti. Tambahan faktor kurang ilmu dan pengalaman bagi menentukan jenis yang disukai pembeli dengan harga yang bersesuaian. Bila pembeli lihat penjual pun macam kurang faham dengan apa yang ditawarkan, maka pembeli mula mengambil kesempatan untuk membeli pada kadar harga yang rendah.  Jadi marilah kita bermuamalah dengan jujur, integriti dan sentiasa mencari ilmu agar tidak mudah diambil kesempatan. 

Di LESTARY, kami menawarkan 3 jenis Gaharu Chip yang dijual pada harga RM 35 , RM 65 dan RM 105 sebotol. Satu botol mengandungi 10gram Gaharu Chip. Ia dalam bentuk chip kecil yang telah dipotong jadi pengguna tidak perlu lagi mematahkan kepingan besar. Mudah digunakan. 

Kesemua Gaharu Chip yang terdapat di LESTARY menggunakan sumber kayu daripada pokok Gaharu yang ditanam. Jadi jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan produk yang kami tawarkan, boleh Whatsapp 011-37451965. 


Yang Kembali Menulis,

Aminah Saad