Lestary Brand

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua,

Saya memang tengah menulis blog ni waktu pagi. Awal datang ofis sebab semalam outstation jadi banyak urusan yang perlu disiapkan sambil curi masa sedikit tulis blog. Mata masih mengantuk sebab malam tadi pun sampai rumah dah lewat. Huaahhaa ( menguap jap). Cepatnya masa berlalu. Ramadhan bakal berakhir Syawal pula akan menjelma. Kadang-kadang rasa malu sebab terlalu mengejar urusan dunia menguruskan hal-hal syarikat. Banyak terlepas untuk melakukan ibadah di bulan mulia ini sedangkan kita tahu ganjaran yang Allah tawarkan bukan sedikit :(

Dan kerana kesibukan juga saya jarang update blog dengan info-info yang terkini. Kalau boleh rasa nak update bergambar je sebab punya lah beku otak nak menulis. Dan sejak akhir-akhir ini juga saya selalu update berkenaan produk memandangkan sekarang saya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala urusan berkaitan produk di Felda Trolak Utara. Disebabkan sekarang saya bergelumang dengan produk maka saya pun lebih banyak update berkenaan produk. Tak mengapalah kan?

Alhamdulilah semalam saya telah melancarkan laman web e-commerce kami yang memfokuskan kepada produk-produk berasaskan gaharu sama ada yang dihasilkan oleh Gaharu Lestari sendiri atau pun produk yang dikeluarkan oleh syarikat lain. Produk-produk ini telah berkumpul di bawah satu bumbung "Lestary Brand". Laman web kami ialah --> www.lestarybrand.com 

Di kesempatan ini, kami juga ingin membuka ruang dan peluang kepada mana-mana pengusaha yang ada menghasilkan produk berasaskan gaharu untuk sama-sama bergabung dengan pihak kami. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tidak kira anda pengusaha produk, pencari kayu gaharu, pemproses minyak gaharu dan sebagainya anda boleh berhubung langsung dengan pihak kami untuk mendapatkan penerangan bagaimana untuk terlibat dengan Lestary Brand.

Hubungi Kami :
Email : gaharulestary@gmail.com
Tel (P) : 054321002
HP : 0134335541 / 0162335394 ( Whatsapp/LINE/Telegram/Weechat)


Kaedah yang mudah untuk anda membuat sebarang pembelian barangan dengan kami. Hanya beberapa klik yeahhaa anda sudah berjaya dan kami akan membuat penghantaran produk dalam tempoh 24 jam. Sebarang pembayaran yang dibuat sebelum jam 2 petang akan dipos pada hari yang sama manakala pembayaran yang dibuat selepas jam 2 petang akan diposkan pada keesokan harinya. Buat masa ini kami menggunkan perkhidmatan Pos Laju dan Skynet untuk membuat penghantaran barang kepada pelanggan kami yang sangat-sangat ohsem ini.

Terima Kasih kerana sudi mencuba produk kami ini.



Alhamdulilah kami berjaya melangkah sedikit demi sedikit. Tanpa rasa jemu dan putus asa. Moga Allah permudahkan segala perancangan kami :)

*Rina sedang sibuk membungkus produk untuk di pos kepada pelanggan

InshaAllah selepas ini saya akan lebih kerap mengemaskini berkenaan dengan info-info gaharu yang lain. Untuk produk saya akan update di web atau blog produk http://gaharulestary.com :)

Selain produk kami juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti pembekalan anak pokok, penanaman, menyuntik pokok dan juga pemprosesan minyak.




* Stok anak pokok yang di semai :)

Sekian.

Aminah Saad
Usahawan Gaharu Malaysia
018-2306585

Lestary Brand Bersama Gaza

0

Labels:


Bersempena Ramadhan ini, marilah kita sama-sama membeli sambil menyumbangkan kepada insan yang menjadi mangsa keganasan Israel ini. Sumbangan kami ini mungkin nilainya sangat kecil, namun InshaAllah kami akan cuba melakukannya secara konsisten.



Di saat kita sedang menahan lapar kerana berpuasa, mereka menghadapi dugaan yang beratus kali ganda lebih hebat dari kita. Kerdilnya rasa diri ini. Anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa. Kehilangan tempat bergantung. Di bom dan dibunuh di sana sini. 

Ya Allah, bantulah mereka Ya Allah.




AGEN DIPERLUKAN

0

Labels:

Salam dan Selamat Pagi.


Pendaftaran Agen/Stokis Produk-produk Gaharu di buka serendah RM 300. Anda akan memperolehi :


10 x Kopi Gaharu Aprikot
10 x Teh Gaharu Herba
2 x Banting Produk
50pcs x Flyers Produk
Kad Keahlian Sebagai Agen Yang Sah
Pembelian produk Gaharu lain dengan harga agen (tanpa minimum kuantiti).

Untuk maklumat lanjut dan kepada yang berminat boleh email kami di gaharulestary@gmail.com atau tinggalkan email anda di sini dan kami akan menghubungi anda.

Boleh juga call : 05-4321002 atau 013-4335541
Whatsapp/Wechat : 016-2335394