Pemilihan Anak Pokok

Labels:

Pemilihan anak pokok yang baik merupakan antara perkara terpenting sebelum anda mula untuk menanam. Tanpa anak benih yang berkualiti, pelaburan yang anda sumbangkan bagi tujuan ini mungkin menghadapi kerugiaan yang tinggi. Anak benih yang berkualiti dapat menghasilkan hasil yang berkualiti kelak. Walaupun dalam industri gaharu, diameter pokok bukanlah menjadi ukuran utama jika dibandingkan dengan pokok-pokok untuk tujuan pembalakan. Namun begitu, jika pokok dapat membesar dengan baik dan cepat, masa untuk dituai juga dapat dipendekkan.


Selalunya, itulah yang diingini oleh kebanyakkan penanam.

Cepat tanam, cepat tuai, cepat dapat hasil :)

Melihat pertumbuhan pokok yang baik juga pasti memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga kepada penanam.

Namun begitu, jika di peringkat awal lagi kita telah memilih sumber anak pokok yang tidak berkualiti, pasti kita juga terpaksa menunggu lama apabila pertumbuhan pokok terbantut, kos-kos yang lain juga pasti meningkat. Mungkin kadar pembajaan dan kekerapannya perlu ditingkatkan bagi membantu proses pemulihan pokok. Jika tidak bernasib baik, pokok yang terbantut ini tidak dapat dipulihkan.

Pokok gaharu memang kita sedia maklum merupakan satu pokok yang tahan lasak. Ia mampu untuk hidup pada keadaan yang ekstrim (kecualilah banjir) namun begitu pertumbuhannya mungkin menjadi sangat perlahan. Takkan la kita mahu amalkan konsep tanam dan tinggal. Membiarkan pokok yang kita tanam ini seperti habitat semulajadinya yang tidak dipantau orang. Keadaan ini berbeza, didalam hutan keadaannya pasti telah sesuai dengan persekitaran yang telah Tuhan ciptakan untuk kehidupannya.Jika anda masih ingin amalkan konsep tanam dan tinggal sudah tentu boleh, tapi mungkin selepas 3,4 tahun pokok masih lagi macam pada permulaan kita tanam. Jangan salahkan sesiapa pula nanti :)

Apabila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam industri ini, mungkin anda perlu pertimbangkan hal-hal berikut :-

1) Spesis yang ingin ditanam
Ini terpulang kepada tujuan penanaman anda. Mungkin ingin bagi tujuan pembentukan teras, kayu racik untuk penyulingan minyak, daun untuk pembuatan teh, atau hanya untuk tujuan landskap.

Anda juga perlu merujuk habitat asal spesis yang ingin anda tanam. Adakah ia bersesuain dengan kawasan untuk anda tanam tersebut.

Kadar pertumbuhan, ketahanan lasak dan kualiti hasil yang akan diperolehi kelak juga perlu anda titik beratkan dalam menentukan spesis yang ingin anda pilih :)

2) Anak pokok yang berkualiti
Apabila anda telah membuat keputusan spesis yang bersesuaian bagi tujuan anda, maka anda perlulah mencari sumber2 anak pokok yang diyakini. Pembekal bibit gaharu di Malaysia ini sungguh ramai. Terpulang kepada anda untuk membuat pilihan berdasarkan kriteria yang anda tetapkan.

Mungkin ada yang mahukan anak pokok yang murah, tinggi, nmpk pertumbuhan yang baik atau apa2 kriteria yang telah anda tetapkan. Namun begitu, jika anda boleh jadikan beberapa tip ini sebelum anda membuat pembelian mungkin dapat mengelakkan sedikit kesalahan memilih anak pokok yang tidak berkualiti

i) Daun yang hijau dan banyak ( tidaklah hanya sehelai dua apabila sampai ditapak penanaman)
ii) Pastikan ketinggian pokok bersuaian dengan polibeg yang digunakan. Jika anak pokok sudah setinggi 4-6 kaki contohnya, tetapi hanya menggunakan polibeg yang kecil mungkin ia kelak menghadapi masalah penyebaran akar (akar bersimpul).
iii) Tanah dalam polibeg, elakkan tanah yang sangat keras digunakan bagi tujuan semaian anak pokok dalam polibeg.

Ok itu saja, semoga berjumpa lagi.

p/s : Terima kasih kepada Mr Leng dan Mr Tee atas kerjasama untuk kajian phd saya. Sy akan update pada posting akan datang.

p/p/s : wah, ini posting pertama saya untuk tahun 2012 :)


Ikhlas,
Aminah Saad





Comments (0)

Post a Comment