Suntikan Inokulan

0

Labels:

Assalamualaikum wbt,

Pada hari ini saya ingin mengupdate tentang aktiviti suntikan inokulan yang telah dilakukan di Tanah Merah, Kelantan pada 17 Disember yang lalu menggunakan 4-Moon Booster. Saya akan mengupdate tentang kesan ubat tersebut terhadap pokok gaharu tersebut dari masa ke semasa.




Kita nantikan keputusan suntikan pokok gaharu liar ini. Pokok ini agak besar jadi mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesan. Namun, nantikan sahaja keputusan suntikan ini ya.

Selamat Maju Jaya.

Ikhlas,
Aminah Saad

Harga Kayu Gaharu

2

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua,

Industri gaharu semakin mendapat perhatian ramai kerana harga pasarannya yang sangat lumayan. Pasaran yang masih tidak dapat dipenuhi juga masih besar menyebabkan banyak pihak cuba mengambil peluang ini untuk terlibat dalam industri gaharu.Peluang dalam industri ini masih banyak, namun kita sendiri yang menentukan untuk mengambil peluang tersebut atau melepaskan ia pergi begitu sahaja.

Graf dibawah menunjukkan harga bagi kayu gaharu Gred A bagi tahun 1972-1990 dan 1991-2008 di Semenanjung Malaysia.Saya memperolehi maklumat ini dari Laporan yang dikeluarkan oleh FRIM. Sumber maklumat tersebut diperolehi daripada pedagang iaitu 2 di Perak, 1 di Kelantan, 1 di Terengganu dan 1 di Pahang.



Berdasarkan graf di atas, pada tahun 1972 harga bagi gaharu Gred A ialah RM500 bagi setiap kg. Harga gaharu menunjukkan peningkatan yang baik dari tahun ke setahun. Pada tahun 1990, harga gaharu meningkat sehingga hampir 4 kali ganda iaitu RM 1967 bagi setiap kg.

Harga gaharu terus meningkat dengan mendadak kerana permintaan yang tinggi tetapi keupayaan pengeluaran yang rendah memandangkan pokok gaharu yang semakin diancam kepupusan. Pada tahun 2008, harga gaharu yang dicatatkan ialah RM 14333 bagi setiap kg. Peningkatan dari tahun ke tahun menunjukkan potensi industri gaharu dalam menjana ekonomi individu, syarikat seterusnya Negara.

Namun begitu, Gred A bagi gaharu tidaklah begitu mudah untuk diperolehi. Ia mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan gaharu yang betul-betul berkualiti dan seterusnya dikelaskan dalam Gred A. Teknologi inokulasi yang sering diwar-warkan sehingga ke saat ini masih tidak berjaya untuk menghasilkan gaharu bergred A. Mungkin ada kes-kes terpencil yang dapat menghasilkan gaharu Gred A, namun jumlahnya masih tidak banyak. Usaha keras perlu dilakukan bagi mendalami kajian terhadap inokulan yang digunakan untuk pembentukan gaharu agar hasil yang berkualiti tinggi dapat diperolehi.

Tidak dapat dinafikan kewujudan inokulan telah meningkatkan industri gaharu ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Gaharu yang terbentuk masih dapat dikelaskan dalam Gred yang lain seperti B, C dan sebagainya dan juga bagi gred yang rendah digunakan untuk penyulingan minyak gaharu. Harga pasaran bagi gaharu gred selain A dan minyak gaharu juga tidak kurang lumayan. Masih sangat berbaloi untuk diusahakan.

Semoga kita sama-sama dapat terus meningkatkan mutu dan kualiti industri gaharu Malaysia ke tahap yang lebih tinggi seterusnya dapat meningkatkan ekonomi penduduk. Kajian yang berterusan dan sokongan padu dari pihak kerajaan mampu merealisasikan hasrat untuk menjadikan Malaysia hub perdagangan gaharu suatu hari nanti. InsyaAllah.

Sekian, Salam Hormat.

Aminah Saad

Persoalan & Jawapan

0

Labels:

Assalamualaikum semua,

Semoga sentiasa sihat dan ceria. Pertamanya, saya ingin memohon maaf kepada anda yang menghantarkan persoalan melalui blog ini menggunakan form Hubungi Kami kerana saya baru membalas persoalan-persoalan anda. Ini atas permasalah yang tidak dapat dielakkan. Selepas ini, insyaAllah saya akan menjawab dengan kadar segera ( selalunya saya akan menjawab paling lambat dalam masa 2 hari jika tiada masalah dan saya dikawasan yang membenarkan saya online.)

Keduanya, jika anda membuat pertanyaan melalui sms saya juga minta maaf mungkin ada yang saya terlepas pandang dan tidak menjawab persoalan anda. Saya berharap agar anda boleh menghubungi saya semula melalui email atau facebook. Saya sedar kelemahan diri yang kadang kala mungkin terlupa atas kesibukan diri.

Ketiganya, kepada sesiapa yang pernah menghubungi saya melalui telefon tetapi tidak mendapat maklum balas dari saya harap masih sudi untuk menghubungi saya semula. Ini kerana, kadang kala saya terlupa untuk SAVE nama anda menyebabkan saya tidak dapat return call anda. Saya mohon maaf yang tidak terhingga. InsyaAllah, selepas ini saya akan lebih berhati-hati terhadap maklumat-maklumat penting ini.

Saya berharap anda masih sudi untuk membaca info dan maklumat-maklumat yang saya kongsikan disini. Dan kepada yang ingin bertanya atau berkongsi maklumat, saya berharap anda emailkan kepada saya di aminah.mdsaad@gmail.com, insyaAllah saya akan balas dan kongsikan maklumat yang ingin anda kongsikan dengan yang lain. Semoga sama-sama mendapat manfaat.

Tahun baru Maal Hijrah baru berlalu, dan tahun baru masihi akan datang. Semoga saya dapat memperbaiki kelemahan diri ini dan seterusnya lebih rajin untuk update maklumat-maklumat berkaitan dengan gaharu disini.


Salam Maal Hijrah,
Aminah Saad

Rujukan Berkaitan Gaharu

2

Labels: ,

Seperti kita sedia maklum, sumber rujukan berkaitan pokok gaharu adalah sangat terhad terutama rujukan dalam bahasa melayu. Kebanyakkan kita mendapatkan maklumat dari internet yang kebanyakan disampaikan dalam bentuk blog/ catatan. Sumber begini kadang kala tidak begitu tepat namun tidak dinafikan masih boleh digunakan untuk membandingkan maklumat yang diperolehi.

Semalam saya berkesempatan untuk menyertai satu program di FRIM iaitu satu program ringkas pengenalan mengenai pokok gaharu. Walaupun program ini agak pendek namun maklumat yang diperolehi amat berguna dan boleh dijadikan panduan kepada mereka yang berminat dan baru berjinak-jinak dalam bidang ini. InsyaAllah, penyelidik FRIM sentiasa berlapang dada untuk menjawab segala persoalan yang dihadapi oleh para penanam.

Kami telah melawat ke plot ladang karas FRIM yang telah berusia lebih kurang 12 tahun. Plot ini digunakan untuk membuat penyelidikan dari pelbagai aspek pokok karas. Di sini, spesis yang ditanam adalah spesis malaccencis, iaitu satu spesis yang boleh didapati secara meluas di Malaysia.

 Penerangan ringkas dan sesi soal jawab oleh Dr Loke

 Pokok karas di plot FRIM Kepong ( Berusia dalam 12 tahun)


Report yang agak lengkap untuk rujukan. Boleh dapatkan dari FRIM.

Semoga kita mendapat maklumat dan informasi yang tepat bagi pertumbuhan industri gaharu di Malaysia.

Sekian.

Aminah Saad

Apa perlu saya lakukan??

2

Labels:

Salam buat semua,

Pada hari ini, saya hanya ingin bertanyakan anda beberapa persoalan berkaitan pokok gaharu kepada sesiapa yang telah terlibat dalam bidang ini (jika anda pernah menghadapinya).

Apakah yang anda lakukan apabila.........

1) Pokok anda diserang serangga/ makhluk perosak


2) Di serang kulat


3) Pokok anda terbantut dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk membesar.

Jom sama-sama kita mencari jawapan dan saya sendiri akan membincangkan lebih lanjut berkenaan hal ini pada post akan datang.

Selamat Menanam,

Aminah Saad

Kenapakah Gaharu Mahal?

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga dalam keadaan sihat sejahtera dan diberikan kekuatan untuk meneruskan hari ini dengan lebih baik. Sudah agak lama saya tidak menulis sesuatu di sini, sibuk barangkali :) Alasan mudah untuk melepaskan diri.

Pada hari ini, saya ingin berkongsikan satu persoalan yang mungkin sering berlegar-legar dikepala kita tentang gaharu ini iaitu kenapakah harganya begitu mahal sehingga mencecah RM30,000 sekilo bagi gaharu bergred yang terbaik. Walaupun pada masa sekarang, gaharu dengan gred super A semakin sukar didapati namun harga bagi minyak gaharu yang terhasil daripada proses penyulingan juga tidak kurang mahalnya.

Secara alaminya, setiap yang Allah ciptakan pasti bermanfaat agar boleh digunakan oleh yang lainnya. Gaharu menjadi semakin popular apabila manfaatnya dalam bidang kosmetik dan perubatan mula dikenalpasti. Dengan populasi dari hutan yang semakin di ancam kepupusan dan kesukaran mendapatkan gaharu bergred tinggi menjadikan harga gaharu sebegini mahal. Walaupun banyak pihak sudah mula menjalankan perladangan gaharu namun kita masih belum nampak hasilnya. Penanaman gaharu secara berleluasa mungkin akan menganggu keselesaan gaharu dengan harga yang tinggi, namun disebabkan harganya yang sudah sedia mahal mungkin ia tidak akan jatuh ke tahap yang begitu rendah. Jangan jadikan isu ini untuk tidak mula menanam gaharu kerana gaharu merupakan sumber alam yang amat berharga.

" Masa yang terbaik untuk menanam gaharu ialah 20 tahun dahulu, dan masa yang kedua terbaik ialah menanamnya sekarang !"

( Peribahasa yang saya ubahkan sedikit :) )

Secara peribadinya, gaharu juga menjadi mahal kerana ia menjadi satu keperluan yang penting bagi orang-orang Arab. Seperti juga pentingnya sarang burung walit kepada orang Cina sehingga membuatkan harganya amat mahal.

Penanaman gaharu berbeza dengan penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan yang lainnya kerana bagi sayuran dan buah-buahan hasilnya mempunyai tarikh luput yang mana akan rosak jika tidak dijual dalam sela masa yang tidak panjang. Sebaliknya, gaharu menjadi semakin mahal jika ia dibiarkan terbentuk dalam jangka masa yang lama. Namun, jangan pernah menyesal berbudi kepada tanah. Ia dijamin memberikan pulangan yang lumayan. Setiap tumbuhan diberikan kelebihan dan keistimewaan tersendiri yang tidak ada pada yang lainnya.

Saya rasa cukup setakat ini perkongsian pandangan peribadi saya. Semoga terus bertahan dalam industri yang cukup mencabar ini.


Ikhlas,
Aminah Saad

Masalah Dalam Industri Gaharu

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semakin hari kita perhatikan bahawa industri gaharu semakin mendapat tempat di kalangan penanam, penyelidik dan juga pelbagai pihak lagi. Mungkin kerana pulangan yang tinggi atau khasiat yang ditawarkan oleh pokok karas menjadikan industri ini semakin berkembang. Namun begitu, masih banyak kekurangan dan kelemahan industri gaharu di Negara kita. Pada hari ini, saya ingin berkongsikan berkenaan dengan masalah dalam industri ini, semoga kita sama-sama berusaha untuk mengatasinya seterusnya dalam meningkatkan industri ini supaya mampu menjadi hub perdagangan gaharu di rantau ini.

1. Masalah yang sangat ketara dalam industri ini ialah sumber bahan mentah. Di Malaysia, kebanyakkan sumber masih diperolehi daripada hutan. Penuaian secara berlebihan menyebabkan pokok ini semakin di ancam kepupusan.

2. Mengikut kajian yang dijalankan, kaedah yang digunakan oleh pencari gaharu juga tidak efisien. Kebanyakkan pencari gaharu tidak sah (secara haram) menggunakan kaedah terus menebang pokok untuk melihat sama ada terdapat gaharu atau tidak. Jika tiada akan ditinggalkan begitu sahaja. Ini amat merugikan industri gaharu di Negara kita dan juga kepada pencari gaharu tempatan yang menggunakan kaedah menakik pokok untuk melihat samada gaharu sudah terbentuk atau tidak.

3. Kurang insentif dari kerajaan bagi membantu dalam industri pemprosesan gaharu agar menjadi kilang bertaraf GMP. Jika kita lihat kebanyakkan industri pemprosesan gaharu dijalankan secara kecil-kecilan, dibuat secara berperingkat dan di bina diatas tapak yang tidak sepatutnya seperti dibelakang-belakang rumah dan sebagainya.

4. Kurang maklumat dan kepakaran dalam industri yang menyebabkan maklumat yang tepat tidak sampai dan ramai pihak yang ditipu kerana kurang mahir seperti pengecaman anak pokok, penentuan gred gaharu dan juga berkaitan dengan inokulasi pokok karas.

5. Perdagangan gaharu secara haram berleluasa kerana sukar dikesan oleh pihak berwajib.

6. Penjual gaharu mengalami persaingan dengan penjual gaharu dari negara asing yang telah mula berhijrah ke Malaysia.


Apakah penyelesaian kepada permasalahan ini? Adakah dibiarkan terus berakar umbi dan menyebabkan ramai berhenti dipertengahan jalan.


Ikhlas,
Aminah Saad