Update Projek Gaharu 2018

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Apa khabar anda semua di luar sana. Lamanya saya tak menulis di blog ni kan? Hampir 4 bulan rasanya. Ye la, cepat sangat masa berlalu tak sedar pun eh dah bulan 8. Eh dah nak hbs tahun 2018. Eh eh dah nak masuk tahun 2019. Memang sangat sibuk sejak akhir-akhir ini, jadi terlupa untuk update di blog kesayangan ni. Tapi anda still boleh follow saya di facebook : Min Saad atau follow page fb : Gaharu Lestari Resources. Dekat media social lebih mudah saya nak update tapi bukan update business je tau.

Okey macam biasa, blog tempat saya nak share gambar-gambar yang ada untuk simpanan  dikemudian hari. Alhamdulilah, kilang kerjasama di shenzen telah beroperasi bermula bulan Mei 2018. Sekarang saya fokus bahagian pemasaran dan import/export bagi kerjasama ini.  Jadi jika anda memerlukan pembekal minyak gaharu berkualiti dengan kuantiti yang banyak dan konsisten, anda boleh email saya di email : edenoud@gmail.com.

Hasil pati minyak gaharu ini agak berbeza dengan yang selalu dihasilkan di Malaysia kerana kaedah yang digunakan berbeza. Selain itu spesis Gaharu yang digunakan juga berbeza. Doakan saya berjaya ya.



Syukur alhamdulilah jalan yang ada didepan mata semakin jelas. Satu persatu dilalui untuk mencapai puncak kejayaan. Tiada yang mudah kan?



Proses GMP kilang Teh Gaharu terpaksa ditunda buat sementara waktu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tapi InsyaAllah cuba diusahakan awal 2019 dah boleh beroperasi dengan GMP. Ya Allah, permudahkan lah urusan hambamu ini. Mudahkan lah kami Ya Allah.

Tiada perkara yang berjalan lancar sahaja macam yang kita mahukan. Tapi walau apa pun ujian yang berada di pertengahan perjalanan ini, yang penting cara kita menghadapinya. Perlu kuat semangat dan banyak kan berdoa. InsyaAllah, kita akan berjaya menghadapinya.



InsyaAllah semua usaha yang dicurahkan ini dapat dinikmati bersama-sama kelak.

Yang menulis setulus hati,
Aminah Saad

Comments (0)

Post a Comment