Baja Organik Bagi Pokok Gaharu

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pagi-pagi ahad masuk office. Ada beberapa kerja yang belum siap. Harap-harap boleh setel menjelang esok. Biasalh esok tugasan baru pula kan. Rehat kejap ambil masa untuk tulis sesuatu di blog. Ok hari ini saya nak ceritakan berkenaan dengan baja organik. Boleh digunakan untuk pokok gaharu atau apa-apa pokok yang anda tanam.

Apakah Baja Organik?
Baja Organik (Organic Fertilizer) ialah satu dari komponen penting dalam bidang pertanian dan perladangan. Baja organik mampu meningkatkan kesuburan tanah seterusnya memberikan nutrien yang baik kepada pokok yang ditanam. Antara jenis-jenis baja organik ialah Baja Tahi Ayam, Tahi Kambing, Kompos, Bokashi, Vermikompos dan sebagainya. Walaupun penggunaan baja organik adalah bersifat "slow release" yang mana kesannya agak lambat berbanding menggunakan baja kimia. Namun begitu, penggunaan baja organik tidak merosakkan struktur tanah, mengekalkan nutrien yang ada pada tanah dan juga lebih mesra alam sekitar.


Hari ini saya ingin tulis berkenaan salah satu baja organik seperti yang dinyatakan di atas iaitu Baja Bokashi. Jom saya tuliskan lebih lanjut berkenaan baja Bokashi.

Apakah Bokashi ?
Bokashi adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang membawa maksud bahan organik yang ditapai dengan mengandungi sekumpulan bakteria aktif dalam bokashi yang dipanggil EM (Effective microorganism). Bokashi adalah satud aripada bahan yang baik untuk menyuburkan tanah. Bokashi menggunakan EM yang terdiri daripada 4 jenis mikrob iaitu Bakteria Fotosintetik, Bakteria Asid Laktik, Actinomycetes dan yis.

Bakteria fotosintetik adalah bakteria yang memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanannya. Ada banyak bakteria yang berada dalam kelas ini seperti Rhodobacter, Chromatrium sp dan lain lain. Kumpulan ini bertanggungjawab menghasilkan asid amino, asid nukleik, mengikat nitrogern dari udara dan menukarkan gas-gas beracun kepada unsur nitrogen yang boleh digunakan dalam banyak tumbuh-tumbuhan. Bakteria Asid Laktik pula berfungsi untuk membantu dan mempercepatkan penguraian proses penapaian bahan organik. Penghasilan asid laktik oleh bakteria ini membantu mempercepatkan penguraian liginin dan selulosa yang mana ia merupakan struktur kompleks karbohidrat. Contohnya L.casei, L.plantarium, Psedococus sp dan lain-lain. Asid laktik menekan pertumbuhan beberapa patogen dan mengurangkan populasinya. Manakala Actinomycetes merupakan mikrob yang suka tolong menolong. Ia selalunya akan wujud bersama bakteria fotosintetik. Seperti jiran yang baik, actinomycetes akan menggunakan asid amino yang dihasilkan oleh bakteria fotosintetik tadi untuk menghasilkan satu bahan antikuman. Contohnya Nakarda sp. Streptomyces albus dan lain lain. Kumpulan terakhir dalam siri mikrob ini ialah Yis. Yis menghasilkan substrat atau bahan makanan untuk bakteria asid laktik dan juga actinomycetes, hormon, enzim dan bahan antibiotik. (sumber : http://animhosnan.blogspot.my/2015/05/bokasi-apa-dia.html)


Baja Bokashi ini adalah pilihan yang baik kerana mengandungi semua elemen-eleman yang diperlukan bagi pertumbuhan pokok. Jika anda sudah berpuas hati dengan baja yang anda gunakan boleh teruskan. Tetapi jika anda rasa perlu berubah kepada jenis baja yang lain boleh cuba baja Bokashi ini. Kami telah mencuba kepada pokok gaharu alhamdulilah kesan yang lebih baik. Dari segi pertumbuhan daun dan batang yang lebih baik. Jika untuk tujuan mengutip daun, sangat lah bagus.


Gaharu Lestari Resources menjual Baja Bokashi dengan harga yang sangat berpatutan dengan beberapa saiz beg :

1 pack 1 kilo = RM 5
1 pack 15 kilo = RM 30
1 tan = RM 1000
10 tan ke atas = RM 800

Harga tidak termasuk penghantaran. Anda boleh membuat tempahan dan mengambil Baja tersebut di dua lokasi utama :

1) Pejabat Gaharu Lestari Resources, Felda Trolak Utara
2) Nursery Gaharu Lestari Resources, Kampung Sg Serdang, Kapar, Klang

Kami boleh membuat penghantaran dengan cas penghantaran minima. Hubungi kami ditalian 018-2306585 atau whatsapp ke 013-4335541.

Selamat Berhujung Minggu.

Salam,
Aminah Saad

Comments (0)

Post a Comment