Gerimis di AidilFitri

Labels:

Salam Aidilfitri buat semua,

Rasanya masih sempat kan untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri buat semua pembaca blog ini. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatnya kepada kita. Pembaca boleh rasa tak perasaan saya skrg yang sangatlah suram dan kurang ceria. Itu sebab saya tak mampu nak update blog. Agak bersawang juga lah kn. Hari ini hari ahad masuk office sebab buat kerja-kerja office yang banyak tertangguh dan selit lah sikit menulis di blog. Bila menulis di sini saya dapat sedikit semangat. Sedikit lega.

Hidup ini tidak lengkap jika tidak diuji kan. Mungkin sekarang masanya ujian datang bertali arus dalam hidup saya. Yang terkadang saya rasa tidak mampu untuk menggalasnya. Tapi saya kuatkan semangat. Saya cuba slowkan perkara-perkara yang boleh menambahkan lagi tekanan. Sebab tu nampak saya semakin tidak aktif kan. Memang saya perlahankan segala aktiviti-aktiviti gaharu untuk memberi ruang kepada perkara yang lain. Perniagaan gaharu saya ini pun memanglah sangat sangat penting dalam hidup saya, cuma sekarang saya berikan tumpuan kepada urusan-urusan yang sedia ada, utk urusan-urusan baru memang saya stopkan buat seketika. Minta maaf banyak-banyak jika ada yang call tak berjawap, wasap tak berbalas, dan email yang sepi tanpa balasan. Kosong-kosong ye :)

Saya perlukan sedikit masa untuk susunatur semula segala aktiviti dan segala appoinment baru. Perlu tambah kekuatan dan semangat dalam diri. Terima kasih yang tidak terhingga buat En Suami yang sangat banyak memberikan semangat, keluarga dan juga sahabat-sahabat yang sentiasa mengambil berat tentang diri ini. Waktu inilah saya kenal siapa sahabat saya yang sebenar. Yang boleh bersama-sama saya mengharungi jatuh bangun dalam menempuh hidup ini. InshaAllah selagi sy masih bernafas, saya akan terus mengemaskini blog ini untuk pembaca yang sudi membaca blog ini.

Apa pun saya belajar banyak perkara ketika ujian demi ujian datang. Redha. Syukur. Kesepakatan. Kasih Sayang dan banyak lagi. Allah datangkan kita ujian untuk kita belajar sesuatu yang baru. Mana mungkin kita belajar teori sakitnya jatuh basikal jika kita sendiri belum pernah merasainya. Itulah kehidupan yang sebenar. Bila kita melaluinya sendiri barulah kita dapat rasakan pedih, sakit, lega dan sebagainya. Jika kita terima segala ketentuan ini dengan perasaan yang redha, Allah akan gantikan dengan perkara-perkara yang lebih baik. Bersangka baik dengan Allah.

Ok lah, ramai yang cakap saya xde perkembangan terbaru. InshaAllah doakan saya cepat pulih semangat, boleh kerja lebih gigih. Saya akan kongsikan perkara-perkara yang boleh dimanfaatkan bersama nanti.

Tahniah buat kawan-kawan yang semakin berjaya dalam bidang ini. Doa saya sentiasa bersama kalian. InshaAllah kalau sy tak mampu untuk bantu anda yang berada dalam bidang ini, saya harap kawan-kawan saya ini akan dapat membantu anda.

Salam Kasih Sayang,
Aminah Saad

Comment (1)

Kipidap!! Agi idup agi ngelaban...

Post a Comment