Mari bercuti sempena Deepavali

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera dan pasti ramai yang bergembira kerana cuti sekolah telah bermula dan boleh merencana program bersama keluarga. Namun kepada yang bekerja, teruskan memberikan khidmat dengan penuh keceriaan dan keikhlasan. InsyaAllah.

Pertamanya, saya ingin mengumumkan bahawa E-book Gaharu Lestari Edisi 1 kini tidak lagi diberikan secara percuma. Walaupun pada awalnya saya menetapkan sehingga 3 Oktober sahaja, namun ia dilanjutkan sehingga kini kerana saya sendiri tidak sempat untuk menulis entri berkenaan tarikh penutupan pemberian ebook tersebut secara percuma. Saya mohon maaf kepada yang tidak sempat redeem lagi ebook ini kerana mulai saat ini, ebook ini tidak lagi akan diberikan kepada sesiapa. Kepada yang telah menerima ebook tersebut, walaupun ia hanyalah catatan ringkas namun saya harap ianya masih memberikan manfaat kepada anda. Mudah mudahan. Saya akan mengeluarkan satu lagi Ebook Edisi 2 yang lebih terperinci kepada semua yang berminat. Saya akan umumkan apabila sudah siap kelak :)

Keduanya, saya mohon maaf kepada bbrp pihak yang terlibat kerana beberapa perancangan berkenaan pembelian gaharu/ kayu racik terpaksa ditangguh kerana masalah2 teknikal yang tidak dapat dielakkan. Namun, kepada yang masih mahu berurusan dengan saya, masih dialu-alukan. InsyaAllah, walaupun agak mengambil masa namun ianya akan berhasil kelak.

Ketiganya, saya dengan berbesar hati ingin menjemput tuan/puan untuk menyertai Seminar Gaharu Kebangsaan yang akan diadakan pada 18-20hb Disember 2012 ini. Saya yakin input yang bakal diperolehi amat amat berbaloi dengan yuran yang dikenakan. Tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri China. Jadi kalau setakat di UPM Serdang apatah lagi kan...Tentatif program adalah seperti yang telah saya masukkan pada entri sebelum ini. Untuk maklumat lanjut berkenaan seminar ini boleh email kepada saya aminah.mdsaad@gmail.com


Pada 26-30 November 2012 ini saya akan ke Bedugul-Tabanan, Bali untuk menghadiri satu kursus gaharu disana, InsyaAllah. Kepada yang juga menyertainya diharap kita dapat berjumpa disana dan bertukar-tukar pendapat.

Ikhlas,
Aminah Saad


Comments (0)

Post a Comment