E-book Pertama Gaharu Lestari Resources

2

Labels:

Impian saya sejak dari sekolah menengah ialah untuk menghasilkan sebuah buku yang boleh memberikan satu maklumat yang sangat berguna kepada masyarakat. Saya bukanlah jenis kaki novel tetapi lebih kepada buku-buku motivasi, perniagaan (offline dan online), pembangunan diri dan banyak genre lain. Namun kerana saya bukanlah seorang penulis yang baik, penulisan saya sering tertangguh separuh jalan. Kini, dengan satu azam yang kuat saya ingin menghasilkan e-book saya yang pertama dan juga e-book pertama bagi Gaharu Lestari juga.

Semoga impian menjadi kenyataan :)



"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan?"

InsyaAllah, e-book ini akan berada dipasaran tidak lama lagi. Jadi kepada yang tidak berkesempatan menghadiri kursus, e-book ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan awal.

Ikhlas,
Aminah Saad

Sepintas lalu Kursus 19 Mei 2012

0

Labels:

Kursus Pertama kami di Sungai Serdang, Klang berjalan lancar. Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan, namun kami yakin pengisian yang disampaikan memberi manfaat kepada para peserta kursus ini. Semoga para peserta dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi pada kursus kali ini. Sebarang permasalahan sila berhubung dengan kami. InsyaAllah, kami akan sedia untuk membantu anda.






Semoga dengan izin Allah, kursus gaharu secara praktikal ini dapat dijalankan lagi bagi memberikan pendedahan kepada bakal-bakal penanam gaharu. 

Semoga berjumpa lagi di masa akan datang !

Ikhlas,
Aminah Saad

Tentatif Kursus 19 Mei 2012

0

Labels:

Kepada para peserta yang akan mengikuti kursus pada 19 Mei 2012 ini, tentatif program adalah seperti berikut :

8.30- 8.40           : Pendaftaran Peserta
8.45- 9.15           : Teori : Pengenalan Gaharu
9.15 – 10.15       : Teori : Pembangunan Ladang dan Silvikultur
10.15 – 10.30    :  Rehat
10.30 – 12.30    : PRAKTIKAL
   i) Kaedah Penanaman
   ii)Pengurusan (merumput, pruning, pembajaan dll)

12.30 – 1.00       : Soal Jawab untuk Sesi Pertama

1.00 – 2.00         : Rehat dan Solat
2.15 – 3.00         : Teori : Analisis Kewangan dan Pasaran
3.00 – 3.30         : Teori : Teknologi Inokulasi
3.30-5.00            : Praktikal : Teknik Inokulasi
5.00 – 5.30         : Soal Jawab Sesi Kedua
6.00                     : Tamat 

*Sila berpakaian yang bersesuaian.

p/s : kepada yang menghadapi masalah mencari lokasi (Sg Serdang, Klang), sila berhubung dengan En Shuib (012-6159864)


Terima Kasih.

Kedai kayu gaharu jadi tumpuan Minggu Karnival 1Malaysia Best

0

Labels:




RABAT 19 Dis.- Percayakah anda bahawa kayu gaharu seberat satu gram dijual pada harga 90 Euro (RM371.70) di Maghribi.

Tidak hairanlah gerai menjual kayu gaharu yang diusahakan oleh Kedaik Agarwood Sdn. Bhd., di Minggu Karnival 1Malaysia Best di pekarangan pasar raya Aswak Assalam di sini menjadi tumpuan pengunjung.

Difahamkan, golongan pertengahan dan atasan masyarakat di negara ini sememangnya suka kepada bau-bauan harum daripada kayu gaharu.

Minyak pati kayu gaharu Malaysia seberat 1 gram dijual pada harga AS$30 dolar (RM112) manakala kayu gaharu pula sebanyak AS$45 dolar (RM144) di karnival ini.

Pada masa ini, kayu gaharu itu dicari oleh masyarakat Orang Asli di dalam hutan sekitar Terengganu, Johor dan Pahang sebelum dihantar di kilang milik Kedaik Agarwood, di Rompin, Pahang.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Datuk Mohd. Sani Mistam (gambar) berkata, industri kayu gaharu mempunyai potensi untuk dimajukan dan meneroka pasaran global kerana pati kayu gaharu ini boleh diproses kepada pelbagai bauan minyak wangi.

"Minyak gaharu ini kemudiannya dicampur dengan campuran buah-buahan dan bunga dengan pelbagai haruman supaya kewangiannya kekal lama," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Dengan adanya industri kayu gaharu ini, beliau yakin ia boleh memberi peluang kepada komuniti Orang Asli menambah pendapatan mereka selain mencari buah-buahan hutan lain untuk menampung kehidupan seharian.
Melihat akan potensi itu, Jakoa telah menanam 4,500 batang pokok gaharu dalam kebun getah di perkampungan Orang Asli Belihoi, dekat Seremban untuk mengembangkan lagi industri tersebut.

Mohd. Sani memberitahu, pihaknya juga bercadang untuk menanam pokok gaharu di beberapa lagi kawasan perkampungan Orang Asli di seluruh negara dan tempoh matang pokok tersebut ialah sekitar 8 hingga 10 tahun.

Kursus Gaharu Mei 2012

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Untuk makluman semua, satu kursus hands-on gaharu akan diadakan pada pertengahan bulan Mei ini (19 Mei 2012) bertempat di Klang. Kursus ini akan dijalankan kawasan tanaman gaharu bertempat di Sungai Serdang, Klang. Kursus sehari ini akan memberikan satu pengalaman baru kepada individu baru tentang keadaan sebenar bergelar seorang "penanam gaharu".

Jika anda mengharapkan satu kursus yang berlangsung di dewan berhawa dingin, ini bukanlah kursus yang sesuai untuk anda. Kami menganjurkan kursus hands-on iaitu kursus diadakan dikawasan tanaman pokok karas. Rasai sendiri pengalaman sebagai bakal penanam baru bermula dari menanam sehingga ke suntikan inokulan.





Yuran kursus ini adalah RM 200 untuk program sehari dan hanya terhad kepada 8 orang sahaja. Walaupun kursus tidak dijalankan dengan slide presentation, namun kami akan membekalkan manual rujukan untuk anda rujuk apabila pulang. Dan sebarang pertanyaan anda masih boleh berhubung dengan kami melalui email.

Kepada yang berminat boleh membuat pendaftaran dan pembayaran kepada Aminah Md Saad ( 158109209521- Maybank) dan emailkan maklumat diri dan pembayaran anda ke aminah.mdsaad@gmail.com

Semoga berjumpa nanti :)


Ikhlas,
Aminah Saad

Uniknya Pokok Gaharu

0

Labels:

Pokok karas atau gaharu, memang satu kejadian alam yang unik. Pembentukan gaharu yang terjadi didalam pokoknya tiada siapa yang boleh pastikan kuantiti dan kualitinya, semuanya menjadi rahsia sehinggalah pokok tersebut ditebang dan hasilnya diperolehi. Inilah uniknya pokok gaharu. Penuh misteri dan tanda tanya.

Kerana gaharu bernilai tinggi dan pembentukannya yang misteri, kita mula menjalankan kajian demi kajian untuk merungkaikan segala persoalan. Kini, daripada perolehan daripada hutan semulajadi, kita sudah beralih kepada pnenaman gaharu secara perladangan. Ramai semakin yakin dengan penanaman gaharu apabila wujudnya inokulan yang dipercayai mampu mengaruhkan pembetukan gaharu yang berharga didalam pokok gaharu. Penantian yang lama kini semakin singkat, pembentukan yang tidak pasti kini semakin dipastikan.

Sumber : Presentasi Gaharu Indonesia Jateng

Secara alaminya, jika kita menanam apa-apa pokok dengan baik dan pokok membesar dengan baik, tentulah hasil yang akan diperolehi akan baik. Pembajaan, penyiraman, kawalan penyakit di jaga rapi bagi memastikan penghasilan yang maksimum. Namun kerana keunikan pokok gaharu ini, menjaga pokok dengan baik sahaja tidak menjamin penghasilan gaharu yang terbaik kerana semulajadinya pembetukan gaharu terjadi dalam keadaan stress lalu membentuk resin yang berharga.

Kerana keadaan stress daripada persekitaran (angin, kilat, hujan dll) tidak dapat dikawal oleh keupayaan manusia maka inokulan diwujudkan berdasarkan kepada kajian mikrob yang dipercayai merupakan agen yang membantu pembentukan resin dalam pokok gaharu. Namun begitu, adakah dengan hanya tekanan yang diberikan oleh inokulan mampu menghasilkan gaharu yang bergred tinggi seperti yang kita inginkan? Hanya masa yang akan menentukan.

Suatu masa dulu, penanaman gaharu sinomin dengan konsep 4T - Tanam, Tinggal, Tengok (sekali sekala), Tuai. Namun dengan konsep ini, pertumbuhan pokok gaharu menjadi sangat minimum. Pertumbuhan sangat lambat dibandingkan dengan pokok yang ditanam dan dijaga dengan baik. Namun adakah kebenarannya konsep 4T itu? Mungkin apabila kurang diberikan perhatian, pokok karas mengalami stress seterusnya berusaha untuk memastikan ia terus hidup. Dengan keadaan yang stress begini, mungkin pembentukan gaharunya kelak akan menjadi lebih berkualiti bergabung tenaga dengan teknologi inokulan. :)

Walaupun mungkin kaedah 4T merupakan satu kaedah yang baik bagi meningkatkan kualiti gaharu yang terhasil kelak, namun yang pasti jangka masa yang diperlukan akan bertambah kerana pokok membesar dengan lambat. Macam keadaannya didalam hutan semulajadi yang tidak diberi perhatian. Ia tetap akan hidup dan membesar namun masa yang diambil mungkin semakin lama. Apabila dilakukan secara perladangan bagi tujuan pelaburan, pastilah penanam mahukan hasil yang boleh cepat dituai dan memberikan pulangan yang tinggi. Jika bagi tujuan pemuliharaan didalam hutan, maka mungkin isu ini tidaklah menjadi satu isu yang perlu diberikan perhatian.


Saya menjemput para penanam untuk berkongsi pengalaman anda dengan para pembaca. Semoga ia dapat menjadi panduan untuk penanam baru.

Ok setakat ini dulu. Wasalam.

Ikhlas,
Aminah Saad

Kesesuaian Tanah Untuk Tanaman Karas

0

Labels:

Kesesuaian tanah adalah sangat penting bagi pertumbuhan pokok yang baik. Bukan sahaja pokok karas, namun setiap tumbuhan memerlukan penyesuaian tanah yang tertentu bagi memenuhi keperluan pertumbuhannya. Kesuburan tanah bergantung kepada banyak faktor seperti sifat fiziknya, sifat kimia dan sifat-sifat biologi tanah. Tanah terbina daripada 3 komposisi utama iaitu clay (liat), silt (kelodak), dan sand (pasir). Jika tanah itu banyak liat dan mengandungi sedikit pasir, ia dinamakan liat berpasir. Manakala jika liat, berpasir dan kelodak didapati bersama, ia disebut loam. Rajah dibawah menunjukkan carta tekstur tanah yang boleh menentukan jenis tekstur tanah bergantung kepada komposisinya. Di Malaysia, terdapat banyak siri tanah yang telah dikenalpasti untuk memudahkan kita merujuk bagi tujuan pemilihan tanah yang sesuai untuk tanaman yang akan kita usahakan. Anda boleh download panduan siri tanah disini untuk mengetahui lebih lanjut tentang siri tanah yang terdapat di Semenanjung Malaysia.


Rajah 1 : Carta tekstur tanah

Antara tanah yang sesuai untuk perladangan karas ialah Siri Bungor atau hampir kepada Siri Serdang iaitu tanah lempong liat (clay loam) iaitu tanah yang tidak bertakung air dengan kandungan pasir antara 25%-35%, mengandungi kandungan organik yang tinggi, dengan pH sedikit berasid antara 4.0 - 6.0. Dalam keadaan tertentu jika terdapat kekangan lain terhadap jenis tanah yang anda miliki (ketidaksesuaian tanah), masih terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk menyesuaikan tanah tersebut dengan tanaman karas. Namun begitu, kos pastilah akan meningkat dan mungkin terdapat masalah lain dikemudian hari yang memerlukan rawatan yang lain. Topik ini mungkin akan kita bincangkan di entri yang lain.

Jenis Tanah dan Spesis Karas

1) Acrisols - A.beccariana. A.hirta, A.rostrata
2) Fluvisol - A.hirta
3) Alluvial - A.malaccencis, A.microcarpa, A.rostrata
4) Gleysols - A.microcarpa

p/s: maaf kerana sangat jarang mengemaskini blog.


Ikhlas,
Aminah Saad