Jom Jadi Kaya

0

Labels:

Definisi kaya berbeza bagi setiap orang. Ada yang menganggap punya wang RM100,000 sudah kaya. Ada yang menganggap punya RM1juta masih tidak lagi kaya. Terpulanglah kepada masing-masing untuk memberi takrifan.

“Wah, kayalah kau nanti kalau sudah tuai hasil gaharu”

“Sudahlah jangan nak berangan tanam gaharu boleh jadi jutawan”

“Nanti dah jadi jutawan jangan lupa tolong aku pulak..Hahahaha”

Bak kata Azizi Ali, jutawan itu seolah-olah dari planet jupiter. Nampak begitu mustahil untuk dicapai. Sukar untuk orang percaya orang biasa-biasa boleh menjadi jutawan. Namun telah terbukti begitu ramai orang biasa-biasa yang menjadi jutawan. Satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan 90% billionaire disana merupakan generasi pertama. Iya, mereka bukan dilahirkan dengan kemewahan malahan ada yang hidup lebih melarat dari kita yang biasa-biasa.

Jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, insyaAllah kejayaan pasti milik kita. Namun kesabaran perlu digarap bersama kerana tanpa sabar kita akan terasa lamanya untuk mencapai kejayaan dan kekayaan.

Jika anda sering dihujani dengan kata-kata perli sebegini, jangan risau kerana itu menunjukkan anda sedang dalam perjalanan untuk berjaya.  Yang berkata-kata itu jika berterusan sikap begitu, lagi sepuluh tahun dia masih ditakuk yang lama. Anda walau dari sudut mana pun pasti lebih lagi pengalaman darinya. Lebih sabar, lebih yakin diri, lebih percaya kepada rezeki. Itukan menunjukkan anda lebih berjaya dari yang mengata.

Kerana takut gagal, orang sanggup tunggu dan lihat kejayaan orang lain.

“Kau buktikanlah dulu projek ni boleh jadi kaya baru aku buat jugak”

Kata-kata sebegini hanya keluar dari mulut orang yang tiada semangat dan kepercayaan dalam diri. Ingatlah hanya 20% orang yang betul-betul berjaya dalam setiap bidang yang ada didunia ini. Dan 80% kekayaan didunia ini dimiliki oleh 20% orang yang berjaya tersebut. Mereka ialah orang yang sanggup bermula dahulu, bersusah payah, dan tahan telinga mendengar kutukan orang lain. Jadi jika ingin menjadi yang 20% tersebut maka mulakanlah sekarang apa jua impian anda/idea perniagaan anda.

Idea jika disimpan akan terus menjadi idea.
Walaupun ia idea yang baik namun tetap tidak dapat menandingan idea teruk yang dilaksanakan.

Saya tidak pernah memberikan satu harapan bahawa tanamlah 1000 pokok gaharu pada hari ini, dan 7 tahun lagi anda akan berpeluang menjadi seorang jutawan. Pada saya, lakukan apa sahaja yang anda lakukan sekarang ini dengan bersungguh-sungguh, sabar, yakin, tidak berputus asa dan insyaAllah anda pasti mampu menjadi kaya juga.

Kaya dengan pengalaman.
Kaya dengan kesabaran.
Kaya dengan keyakinan.
Kaya dengan pengharapan kepada Yang Esa.

Bukan hanya duit menjadi ukuran kekayaan. Jika kita menjadi kaya dengan perkara-perkara diatas, apabila Allah uji dengan mengambil harta material yang kita miliki maka kita mampu untuk bangun berkali ganda dari sebelumnya kerana kita telah kaya dengan sikap-sikap seorang usahawan.

Walaupun berusaha dengan gigih, Allah berkuasa untuk menjadikan usaha kita sebaliknya. Setelah 7tahun menanti dengan pelaburan yang tinggi tahun ke tahun,

Ladang gaharu kita ditimpa musibah banjir. Adakah kita masih mampu bertahan?

Pokok gaharu kita mati secara serentak kerana diserang sejenis serangga yang tidak diketahui. Mampukah kita bersabar?

Pokok yang  telah kita suntik dicuri orang tanpa dapat dikesan. Masihkan kita percaya pada rezeki yang Allah aturkan?

Jadilah orang yang kaya budi pekertinya apabila berhadapan dengan ujian Allah. Sabar dan terima dengan redha segala yang telah ditentukan.

“Allah turunkan hujan ditengahri rupanya ingin menghadiahkan kita pelangi”

Akhir kalam,
Jom Jadi Kaya


Ikhlas,
Aminah Saad

Lagi Rujukan Gaharu

0

Labels:

Kepada semua peminat gaharu dan juga yang sentiasa ingin menambahkan ilmu berkaitan gaharu, anda bolehlah dapatkan buku keluaran FRIM bertajuk " Tapping the Wealth From Karas Tree". Kepada yang jauh, boleh beli daripada website FRIM saya rasa, tapi kepada yang dekat boleh terus ke kedai buku FRIM. Harga buku ini hanya RM60.



Seorang pakar motivasi Kop Kopmeyer ada berkata " Belajarlah daripada yang pakar kerana kita tidak mempunyai masa yang terlalu banyak untuk belajar kesemuanya sendiri. Salah satunya ialah dengan membaca buku-buku karangan mereka".

Lihat, orang yang dah hebat pun suka membaca inikan pula kita yang masih cetek ilmunya. Disebabkan sumber rujukan dalam bidang gaharu ini amatlah terhad, maka kita perlu mengambil kesempatan untuk memiliki setiap buku/artikel/majalah yang membincangkan tentang gaharu. Bukan setakat memiliki tapi membaca dan lebih baik jika ilmunya disebar-sebarkan.

Jika anda punya cadangan sumber-sumber yang boleh dijadikan rujukan apakata kongsikan bersama-sama yang lain. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada ilmu yang disampaikan. Disebabkan saya masih belum menghabiskan bacaan buku ini, jadi saya tidak akan membuat review di sini. Hehe.

Saya akhiri tulisan dengan ucapan wasalam dan selamat malam.

Ikhlas,
Aminah Saad

Bukti Gaharu Bernilai Tinggi

2

Labels:

Pagi tadi saya telah mendapat khabar gembira dari seorang kenalan (mengenali melalui blog ini). Sebelum ini, beliau menelefon untuk menjual gaharu kepada saya namun buat masa ini kami hanya membeli kayu gaharu yang digunakan untuk pemprosesan minyak. Namun saya memberikan alternatif kepada beliau untuk upload gambar yang beliau ada di laman facebook gaharu lestari resources pada 5 Oktober 2011.

Cuba anda anggarkan berapakah harga bagi gaharu seperti ini?




Alhamdulilah, pagi tadi saya menerima khabar gembira yang beliau telah berjaya menjual kesemua stok gaharu yang dimiliki berjumlah 23kg dengan harga RM21,000 sekilo. Lumayan kan? Cuba anda kira sendiri berapakah jumlahnya..:)

Walaupun jual beli bukanlah atas pertolongan yang saya berikan kerana deal tersebut dibuat antara sahabatnya di Singapura namun saya tetap berasa gembira atas kejayaan jualan tersebut. Lagipula, penjualan tersebut dilakukan bagi memberikan bantuan kepada fakir miskin di Kemboja (kerana stok yang diperolehi adalah kerjasama muslim kemboja di kemboja). Niat yang baik pasti membawa pulangan yang menguntungkan. Alhamdulilah.

Semoga industri gaharu di Malaysia akan lebih berjaya. InsyaAllah.


Ikhlas,
Aminah Saad

Suntikan Inokulan Pokok Ladang

0

Labels:

Di Malaysia, perkembangan industri gaharu dilihat semakin mendapat tempat dihati pelbagai pihak. Tidak kira sama ada pengusaha ladang, Nursery, penjual inokulan, pembeli hasil gaharu dan tidak kurang juga yang hanya memerhatikan dari jauh. Semakin banyak kajian dan percubaan yang dilakukan bagi memaksimumkan hasil yang bakal diperolehi. Sumbangan-sumbangan inilah yang sangat kita perlukan bagi memantapkan industri gaharu kita yang agak kebelakang berbanding Negara jiran kita yang lain.

Semalam, kami melakukan beberapa percubaan suntikan pokok ladang spesis sub-integra yang ditanam pada tahun 2008. Beberapa pokok dipilih yang mempunyai anggaran lilitan batang 10-20inci. Menggunakan kaedah botol yang kelihatannya lebih memberikan kemudahan dari segi masa dan produktiviti. 



*pokok ini mempunyai history pernah disuntik menggunakan inokulan lain juga. 


Ini merupakan salah satu percubaan yang dilakukan bagi melihat kesan terhadap pokok dari sumber ladang. Kesan terhadap inokulan yang berbeza, masa ia dilakukan, kaedah suntikan terhadap spesis sub-integra yang ditanam.Semoga hasil yang akan diperolehi nanti memberikan satu keputusan yang positif untuk dikongsi bersama semua.

Tarikh Suntikan : 05102011


Sekian. 

Aminah Saad

Apakah CITES?

0

Labels:

Sebelum saya terlibat dalam bidang gaharu, saya tidak pernah mengambil tahu apakah itu CITES atau peranan yang dimainkan oleh CITES. Atau mungkin saya tidak mengambil tahu kerana secara jujurnya saya juga tidak tahu akan kewujudannya. :(

CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesis Fauna dan Flora Terancam) adalah satu perjanjian antarabangsa kerajaan. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa perdagangan yang melibatkan spesimen haiwan liar dan tumbuhan tidak mengancam kelangsungan hidup mereka. Terdapat 5,000 spesis haiwan dan 28,000 spesis tumbuhan telah disenaraikan dibawah CITES. Ia perlu dilindungi dan dikawal bersama-sama.


source : google 


Di awal pembabitan saya, ketika peringkat mengumpulkan maklumat saya mula terdedah dengan perkataan CITES ini yang mana akan saya jumpa di setiap blog/ laman web yang memperkatakan tentang gaharu ini. CITES telah menyenaraikan spesis gaharu iaitu Aquilaria malaccencis didalam Appendix II pada tahun 1995. Pada ketika itu spesis gaharu yang lain masih tidak disenaraikan mungkin kerana masih dianggap SELAMAT. Namun begitu, bermula tahun 2004 kesemua spesis dibawah Genus Aquilaria dan juga Gyrinops telah disenaraikan dibawah Appendix II CITES.

Apakah yang dinyatakan dalam Appendix II?

Appendix II lists species that are not necessarily now threatened with extinction but that may become so unless trade is closely controlled. It also includes so-called "look-alike species", i.e. species of which the specimens in trade look like those of species listed for conservation reasons. International trade in specimens of Appendix-II species may be authorized by the granting of an export permit or re-export certificate. No import permit is necessary for these species under CITES (although a permit is needed in some countries that have taken stricter measures than CITES requires). Permits or certificates should only be granted if the relevant authorities are satisfied that certain conditions are met, above all that trade will not be detrimental to the survival of the species in the wild.
(source : www.cites.org)


Definasi :
Appendix II menyenaraikan spesis yang tidak semestinya kini sudah terancam dengan kepupusan tetapi yang mungkin menjadi sedemikian rupa jika perdagangannya tidak dikawal. Ia juga termasuk apa yang dipanggil "rupa sama spesis" (cth disini, minyak gaharu, serbuk, kayu dll) iaitu sebagai menyerupai spesis yang tersenarai bagi tujuan pemulihan. Perdagangan antarabangsa bagi spesis yang tersenarai dalam Appendix II ini boleh diberi kuasa oleh pemberian permit eksport atau eksport semula. Permit import adalah tidak diperlukan kecuali kepada sesetengah Negara yang telah mengambil langkah-langkah yang lebih ketat bagi mengawal pengeluaran spesis dibawah Appendix II ini. Permit atau perakuan hanya patut diberikan jika pihak berkuasa yang berkenaan berpuas hati bahawa syarat-syarat tertentu dipenuhi sehingga semua dagangan itu tidak akan menjejaskan kehidupan spesis ini didalam hutan. 


Telah dijelaskan diatas bahawa kawalan CITES adalah berkuatkuasa terhadap gaharu yang diperolehi daripada sumber asal atau semulajadi sahaja. Ini adalah bertujuan untuk memelihara kelestarian sumber ini di masa akan datang. Walaupun tidak dapat dinafikan masih terdapat individu/kumpulan yang tidak mengendahkan langsung akta ini dan menceroboh dengan mengambil hasil hutan ini sesuka hati. Di Malaysia, pihak berkuasa (management authority) yang mengawal pengeluaran permit CITES adalah MTIB (Malaysia Timber Industry Board). Untuk mendapatkan permit CITES, permohonan perlu dipanjangkan kepada pihak MTIB sebelum perdagangan gaharu ke negara luar dapat diteruskan. Masalah mungkin akan timbul jika anda tidak mempunyai permit CITES apabila tiba di Negara yang akan menerima produk anda nanti.

Pembangunan ladang gaharu merupakan salah satu alternatif bagi mengekalkan sumber bahan mentah gaharu di masa akan datang. Jika gaharu pada masa akan datang disenaraikan dibawah Appendix I maka penuaiannya daripada habitat semulajadi adalah tidak boleh sama sekali. Ketika itu, perladangan gaharu menjadi sumber utama pengeluaran gaharu mentah. Jika kita tidak mula menanam dari sekarang, mungkin Malaysia tidak lagi mampu tersenarai sebagai antara pengeksport utama gaharu di dunia.

Sekian untuk perkongsian pada kali ini. :)

Ikhlas,
Aminah Saad

Bengkel Gaharu Lagi

1

Labels:

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dengan kerjasama Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia sekali lagi mengadakan satu bengkel teknik kultivasi gaharu. Kepada yang sering bertanya berkenaan dengan kursus/bengkel, jika anda berkelapangan maka sudi-sudikanlah untuk menyertai bengkel ini. Maklumat berkenaan bengkel ini adalah seperti dibawah :

Tarikh : 27-28 September 2011
Tempat : Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, Selangor
Yuran Penyertaan : RM 300
TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 50 PESERTA SHJ !!!!


Kepada yang memang sedang ternanti-nantikan untuk menghadiri kursus maka anda perlu bergerak pantas dan daftar diri anda sekarang. Ingat, jumlah perserta hanya terhad kepada 50 peserta sahaja. Yuran hanya RM 300 untuk 2 hari, memang tidak harus dilepaskan bagi menambah ilmu anda dalam bidang ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan kursus ini, anda boleh lawati laman web MTIB atau jika masih kurang jelas, jangan malu-malu untuk terus menghubungi mereka. Walaupun makluman ini agak lambat, namun mudah-mudahan ada yang masih berkesempatan utk menyertai bengkel ini. InsyaAllah.

Antara topik yang akan dibincangkan :

Pengenalan dan polisi penguatkuasaan Semenanjung Malaysia.
Pemilihan anak benih, silvikultur dan konsep penubuhan ladang.
Pengalaman penubuhan ladang dan penghasilan gaharu.
Analisa ekonomi perladangan karas dan penghasilan gaharu.
Peluang dan cabaran industri gaharu Malaysia.
Kaedah inokulasi teras dan penuaian.
Kaedah pemeringkatan dan pemprosesan minyak gaharu.
Polisi dan perundangan perladangan gaharu Malaysia.

Semoga anda mendapat manfaat dari bengkel yang bakal dihadiri. Saya yakin banyak ilmu-ilmu baru yang akan dipelajari menerusi bengkel ini dan dapat anda aplikasikan jika anda berhasrat untuk menceburi bidang ini. Jangan berkira untuk membuat pelaburan terhadap ilmu, kerana ilmu yang salah akan menelan kos yang lebih tinggi. Fikir-fikirkanlah !!


Ikhlas,
Aminah Saad

Selamat Menyambut AidilFitri

1

Labels:

Salam Aidilfitri,

Walaupun sudah agak lewat mengucapkan selamat menyambut bulan kemenangan setelah sebulan kita berpuasa.   Semoga meraikan dengan penuh kesyukuran. 


Sudah agak lama tidak mengemaskini sebarang info berkenaan gaharu ini. InsyaAllah, saya akan mula menulis semula. 

Jemput lawati ke blog En.Jamar kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba inokulan beliau. Tengah ada PROMOSI HEBAT tu. 

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri dan Maaf Andai sepanjang saya menulis dan terlibat dalam bidang ini ada salah dan silap. Sesungguhnya sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Sekian.